Home > Life, Tazkirah > Tazkirah Ramadhan X

Tazkirah Ramadhan X

Hari ini merupakan hari terakhir ada tazkirah Ramadhan ketika masa lunch. Minggu depan dah takde. Tazkirah hari ni disampaikan oleh ustaz Zaharom. Aku pergi surau lambat. Dalam 1:35 pm. Nevertheless, antara apa yang aku dapat (dan ingat) dari ustaz ialah;

  • Berbicaralah dengan Allah menerusi al-Quran. Kalau tak dapat banyak, sikit pun jadilah, walaupun satu ayat. Dikuatiri di akhirat nanti Allah tak kenal kita sebab kita tak pernah berbicara dengan-Nya.

  • Hiburkan hati dengan membaca al-Quran, kerana al-Quran boleh menenangkan hati. Sekiranya hati tidak tenang setelah baca, jangan salahkan al-Quran. Mungkin cara pembacaan kita tak betul. Jadi kena selalu belajar dan perbaiki bacaan.

  • Islam itu mudah tapi jangan dipermudahkan.

  • Jangan lupa tunaikan zakat fitrah. Sia-sia amalan puasa kita jika tidak menunaikan zakat fitrah.

  • Hari raya istimewa untuk orang Islam sahaja. Tiada istilah kongsi raya dalam Islam. Masyarakat boleh majmuk tapi agama tidak boleh.

  • Ketika pagi hari raya, jangan ditangisi mereka yang telah tiada (meninggal dunia). Tiada apa yang perlu ditangisi lagi. Apa yang boleh kita lakukan ialah perbanyakkan berdoa dan sedekahkan mereka al-Fatihah.

Categories: Life, Tazkirah Tags: ,
  1. October 6, 2007 at 11:07 am

    insyaAllah, semoga kita semua mendapat keberkatan dari majlis spt itu..

  2. October 6, 2007 at 1:19 pm

    InsyaAllah, itulah yang diharapkan.

  1. No trackbacks yet.

Leave a comment