Home > Life, Tazkirah > Tazkirah Ramadhan VII

Tazkirah Ramadhan VII

Tengah hari tadi aku tak pergi ke surau untuk dengar tazkirah. Tazkirah hari ni disampaikan oleh ustaz Zulkifly. Rasa menyesal pula tak pergi. Minggu depan dah takde tazkirah lagi. So that one should be the last tazkirah by ustaz Zulkifly. Anyway, hari ni ada majlis berbuka puasa. Antara agendanya, tazkirah sementara tunggu masuknya waktu Maghrib. Tazkirah disampaikan oleh ustaz Zaharom. Tak dapat dengar tazkirah tengah hari, dengar tazkirah petang pun jadi la..

Ada beberapa perkara yang menarik dari tazkirah ustaz Zaharom tadi. Antaranya;

  • Jangan sebut malam Lailatul Qadar. Gunakan Lailatul Qadar sahaja atau malam al-Qadr. Lailatul tu sendiri dah bermaksud malam. Jadi, kalau kita sebut malam Lailatul Qadar, akan membawa maksud malam malam penentuan. Dah jadi plural pula. Sedangkan Lailatul Qadar hanya berlaku semalam sahaja.

  • Lailatul Qadar adalah malam yang lebih baik dari 1000 bulan (lebih kurang 83 tahun 4 bulan). Bukan bermaksud umpama hidup selama 83 tahun. Tetapi amalam yang dilakukan ketika Lailatul Qadar itu menyamai amalan untuk 83 tahun. Jika kita berdoa minta dimurahkan rezki, umpama kita telah berdoa selama 83 tahun supaya dimurahkan rezki.

  • Apa jua doa akan dimakbulkan Allah ketika Lailatul Qadar. Jika kita minta kekayaan, maka kita akan memperolehinya. Tetapi waktu terjadinya Lailatul Qadar itu terlalu singkat. Maka gunakanlah ia sebaik-baiknya.

  • Yang terbaik adalah meminta keampunan dosa dari Allah. Gunakan doa yang diajarkan oleh Rasullullah saw kepada Aishah ra;

    • Allahumma innaka ‘afuwwun karim, tuhibbul ‘afwa fa’ fu ‘anni. Ya Allah, Engkau Maha Pengampun dan mencintai orang yang meminta keampunan, maka ampunilah aku.
  • Sekiranya kita mendapat keampunan ketika Lailatul Qadar, maka mudah untuk kita meminta apa sahaja dari Allah selepas itu kerana kita telah bersih dari segala dosa. Doa orang yang bersih dari dosa sangat makbul dan mudah diterima Allah.

  • Doa berbuka puasa sepatutnya dibaca selepas makan sebab ayat yang digunakan dalam doa tu ialah past tense. Subhanallah, aku yang jahil ni selamba je sound TV1 sebab siarkan doa berbuka puasa lepas azan. Tak macam tv atau radio lain yang siarkan doa tu sebelum azan. Ustaz kata, cukuplah dengan baca bismillah, kemudian makan. Lepas makan baru baca doa berbuka puasa dan ditambah dengan doa-doa yang lain, sebab waktu antara Maghrib dan Isyak tu merupakan antara waktu yang mempunyai keberkatan.

Advertisements
Categories: Life, Tazkirah
  1. ixora
    October 5, 2007 at 12:15 am

    encik, terang sket yg last paragraph tu.. tima kasih!

  2. ixora
    October 5, 2007 at 12:18 am

    eh,entri post 1hb ek? apsal saya x pasan pon.?

  3. October 5, 2007 at 12:57 am

    dalam doa tu ada perkataan “telah”. maknanya dah lepas (past tense). jadi, kalau kita baca sebelum batalkan puasa, tak kena la. lagipun, kita kan disuruh segerakan berbuka.. lagi cepat lagi bagus. baca doa tu mungkin akan melambatkan. jadi baca bismillah, pastu terus batalkan puasa (seeloknya dengan kurma). doa tu baca lepas kita makan. baru cantik.

    sebab tu la saya rasa TV1 siarkan doa tu lepas azan. by that time kita dah pun berbuka. kalau dia siarkan sebelum azan, kita sibuk aminkan doa tu padahal at that time sepatutnya kita dah berbuka dah..

    entri ni backdated actually. baru publish. dah ada dah dalam draft, cuma needs to be polsihed. kena hati-hati skit nak tulis pasal hal agama ni. takut salah tulis, berdosa. timestamp ikut masa tu, so sebab tu backdated.

  4. October 5, 2007 at 12:57 pm

    tu lah pasal…duk jenguk2 takde update pun. owh backdated rupanya.

    thanks mucs. on the tazkirah.

  5. ixora
    October 5, 2007 at 3:30 pm

    owh,mcm tu.. thanks 4 the explaination~! 🙂

  6. nurnana
    October 9, 2007 at 9:20 am

    tu arr..rasa x pasan on entri ni..
    sbb jenguk2 gak selalu…

    Doa u mmg lepas mkn ek?
    oo..br tau..

  7. October 10, 2007 at 12:51 am

    hehe.. sorry, ada beberapa entri lagi yang belum keluar. semua tazkirah. tetiba jadi malas la plak..

    macam tu la yang ustaz Zaharom tu cakap. baca lepas makan/batalkan puasa. ustaz Zaharom tu lecturer bahasa arab kat UKM and dia belajar kat al-Azhar. so he should know better kot..

    tapi dari apa yang dia cakap tu, baca doa tu lepas makan sikit. sekadar batalkan puasa. macam amalan nabi. lebih kurang sampai azan abis. sebab lepas tu dah nak solat maghrib. so, bukan lepas abis makan nasi and/or semua juadah berbuka.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: