Archive

Archive for October 1, 2007

Tazkirah Ramadhan VII

October 1, 2007 7 comments

Tengah hari tadi aku tak pergi ke surau untuk dengar tazkirah. Tazkirah hari ni disampaikan oleh ustaz Zulkifly. Rasa menyesal pula tak pergi. Minggu depan dah takde tazkirah lagi. So that one should be the last tazkirah by ustaz Zulkifly. Anyway, hari ni ada majlis berbuka puasa. Antara agendanya, tazkirah sementara tunggu masuknya waktu Maghrib. Tazkirah disampaikan oleh ustaz Zaharom. Tak dapat dengar tazkirah tengah hari, dengar tazkirah petang pun jadi la..

Ada beberapa perkara yang menarik dari tazkirah ustaz Zaharom tadi. Antaranya;

  • Jangan sebut malam Lailatul Qadar. Gunakan Lailatul Qadar sahaja atau malam al-Qadr. Lailatul tu sendiri dah bermaksud malam. Jadi, kalau kita sebut malam Lailatul Qadar, akan membawa maksud malam malam penentuan. Dah jadi plural pula. Sedangkan Lailatul Qadar hanya berlaku semalam sahaja.

  • Lailatul Qadar adalah malam yang lebih baik dari 1000 bulan (lebih kurang 83 tahun 4 bulan). Bukan bermaksud umpama hidup selama 83 tahun. Tetapi amalam yang dilakukan ketika Lailatul Qadar itu menyamai amalan untuk 83 tahun. Jika kita berdoa minta dimurahkan rezki, umpama kita telah berdoa selama 83 tahun supaya dimurahkan rezki.

  • Apa jua doa akan dimakbulkan Allah ketika Lailatul Qadar. Jika kita minta kekayaan, maka kita akan memperolehinya. Tetapi waktu terjadinya Lailatul Qadar itu terlalu singkat. Maka gunakanlah ia sebaik-baiknya.

  • Yang terbaik adalah meminta keampunan dosa dari Allah. Gunakan doa yang diajarkan oleh Rasullullah saw kepada Aishah ra;

    • Allahumma innaka ‘afuwwun karim, tuhibbul ‘afwa fa’ fu ‘anni. Ya Allah, Engkau Maha Pengampun dan mencintai orang yang meminta keampunan, maka ampunilah aku.
  • Sekiranya kita mendapat keampunan ketika Lailatul Qadar, maka mudah untuk kita meminta apa sahaja dari Allah selepas itu kerana kita telah bersih dari segala dosa. Doa orang yang bersih dari dosa sangat makbul dan mudah diterima Allah.

  • Doa berbuka puasa sepatutnya dibaca selepas makan sebab ayat yang digunakan dalam doa tu ialah past tense. Subhanallah, aku yang jahil ni selamba je sound TV1 sebab siarkan doa berbuka puasa lepas azan. Tak macam tv atau radio lain yang siarkan doa tu sebelum azan. Ustaz kata, cukuplah dengan baca bismillah, kemudian makan. Lepas makan baru baca doa berbuka puasa dan ditambah dengan doa-doa yang lain, sebab waktu antara Maghrib dan Isyak tu merupakan antara waktu yang mempunyai keberkatan.

Categories: Life, Tazkirah