Archive

Posts Tagged ‘puasa’

29 Sahaja?

September 4, 2010 4 comments

Dengar kata, Khamis depan dah raya.
Kerajaan nak selaraskan hari raya dengan negara² jiran.
Betul ke?
Ruginya kalau betul..

Categories: Uncategorized Tags: , ,

Sekilo

August 31, 2010 6 comments

Mungkin sebab HSE Day tahun ni diadakan hampir dengan bulan puasa, salah satu aturcara program ialah kuliah Zohor. Kuliah tu pasal puasa dan sains. Saya datang hampir di hujung kuliah, tapi alhamdulillah, sempat juga dengar beberapa isi penting.

Antaranya, ustaz tu cakap, lepas bulan puasa nanti sepatutnya berat badan kita kurang sekurang-kurangnya 2 kilogram. Paling teruk pun 1 kilo. Siapa yang tak kurang walau sekilo, maknanya dia belum betul-betul puasa lagi. There’s something wrong with the puasa.

Ustaz juga ada kongsi satu hadis yang antara lain bermaksud: “Orang yang paling banyak kenyang di dunia, akan paling lama berlapar di akhirat“. So renung-renungkanlah. Saya tak nak lama berlapar di akhirat sebab di dunia yang sekejap ni pun tak tahan berlapar. Apa lagi di akhirat yang dengar kata, satu hari bersamaan seribu tahun..

Anyways, puasa tinggal 9 hari je lagi ni. Sempat lagi kot nak turun sekilo.. 😀

Bangun Lambat

August 23, 2009 6 comments

Terbangun lambat hari ni. ~6:50 am. Terlepas sahur.. Rugi2.. Kalau tau, masa terjaga pukul 3 lebih tu, makan terus.. 😦 Nasib baik cuti hari ni.

Categories: Life Tags: , ,

Salam Ramadhan

August 21, 2009 2 comments
Salam Ramadhan

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga segala amalan diterima Allah dan sentiasa berada di dalam keredhaan-Nya. Mohon maaf atas segala salah dan silap, baik disengajakan atau tidak.

Nota: Gambar ihsan dari Taufiq. Model: Mohd Aniq.

Categories: General, Life Tags: , ,

Tazkirah Ramadhan III

September 20, 2007 Leave a comment

Tazkirah Ramadhan pada hari ini pula disampaikan oleh ustaz Zaharom Ridzwan, pensyarah bahasa arab di UKM. Ustaz Zaharom membawa tajuk Penghayatan Puasa. Hari ni rasa mengantuk pula. Tersengguk-sengguk juga la.. Buat malu je. Dah la duduk kat depan sekali.. 😛

Antara yang dapat dikongsi;

  • Dari hadis Qudsi: “Puasa itu sebagai benteng”.
  • Persoalannya:
    1. Ada atau tidak benteng ini dalam diri kita? Atau, terbinakah benteng itu?
    2. Untuk apakah benteng itu?
  • Ustaz memikirkan bahawa puasa sepatutnya menjadi benteng kepada 3 perkara:
    1. Benteng kepada diri
      • Sukar untuk melakukan maksiat atau dosa.
    2. Benteng kepada penyakit
      • Boleh meningkatkan taraf kesihatan dengan mengawal pemakanan.
    3. Benteng kepada keinginan nafsu
      • Mengawal kecenderungan hati kepada hal-hal duniawi.
  • Benteng yang dibina hendaklah berkesan. Jika tidak, akan jadi seperti membina benteng menahan banjir dengan menggunakan kertas. Sudah tentu benteng tersebut akan hancur.
  • Kalau tidak sahur, tidak dapat berkat.
  • Sahur tidak semestinya perlu makan banyak. Biar makan sedikit tapi dapat berkat kerana bersahur.
  • Pada bulan Ramadhan, 1 kebaikan yang dikerjakan akan dibalas dengan pahala sehingga 700 kali ganda.

Minggu depan ustaz akan membicarakan tentang solat terawih pula.

Categories: Life, Tazkirah Tags:

Tazkirah Ramadhan II

September 19, 2007 1 comment

Tazkirah pada tengah hari tadi disampaikan oleh ustaz Drs. Sapawi Che Mat. Ustaz Sapawi bawa tajuk fadhilat-fadhilat Ramadhan. Aku tak dengar betul-betul rasanya, so tak banyak yang dapat dikongsi.

Anyhow, ustaz ada sentuh pasal niat puasa sebulan sebab beberapa hari sebelum Ramadhan tu, aku ada minta dia niat puasa sebulan melalui email. Ustaz beritau dia habiskan selama 3 jam untuk cari pendapat yang membolehkan niat puasa sebulan.

  • Jumhur ulama mazhab Syafie mewajibkan niat pada tiap-tiap malam.
  • Ini kerana ibadat itu mesti dengan disengajakan (disertakan dengan niat).
    • Tambahan dari saya: Niat membezakan antara ibadat dan adat (ritual).
  • Bangun makan sahur juga boleh dikira sebagai niat sebab kita bangun untuk makan dengan niat untuk puasa pada esok harinya. Kalau tidak puasa, kita tidak bangun makan.
  • Sekiranya telah menjadi kebiasaan kita untuk bangun makan, maka bangun sahur sahaja tanpa niat tidak boleh dikira sebagai niat.
  • Niat puasa untuk sebulan pada malam pertama Ramadhan dibolehkan oleh mazhab Maliki.

Solat terawih dan witir:

  • Nabi pernah tidak datang ke masjid untuk solat terawih dan pada keesokan paginya, beliau mengatakan bahawa beliau sengaja tidak ke masjid kerana bimbang umat akan menganggap solat terawih sebagai ibadat yang wajib.
  • Solat terawih yang dilakukan oleh Nabi dan saidina Abu Bakar r.a adalah sebanyak 8 rakaat dengan 3 rakaat witir. Surah-surah yang dibaca adalah surah-surah yang panjang.
  • Solat terawih 20 rakaat dimulakan pada zaman saidina Umar r.a kerana para sahabat pada masa itu ingin menambah amalan mereka. Tetapi membaca surah-surah yang pendek.
  • Tidak salah untuk kita mengikut amalan para sahabat kerana Nabi pernah bersabda yang bermaksud, “Sunnah para sahabatku adalah sunnahku”.
  • Berapa rakaat terawih sekalipun tidak menjadi masalah. Yang menjadi masalah ialah mereka yang tidak ke masjid untuk berterawih.
  • Solat witir boleh dilakukan 3 rakaat dengan 1 salam. Dengan syarat setiap rakaat perlu baca surah selepas bacaan Al-Fatihah dan tiada tahiyat awal. Ini untuk mengelakkan dari terkeliru dengan solat fardhu.
  • Dikhabarkan Nabi pernah buat 5 rakaat witir dengan 1 salam.