Archive

Posts Tagged ‘Ramadhan’

Sekilo

August 31, 2010 6 comments

Mungkin sebab HSE Day tahun ni diadakan hampir dengan bulan puasa, salah satu aturcara program ialah kuliah Zohor. Kuliah tu pasal puasa dan sains. Saya datang hampir di hujung kuliah, tapi alhamdulillah, sempat juga dengar beberapa isi penting.

Antaranya, ustaz tu cakap, lepas bulan puasa nanti sepatutnya berat badan kita kurang sekurang-kurangnya 2 kilogram. Paling teruk pun 1 kilo. Siapa yang tak kurang walau sekilo, maknanya dia belum betul-betul puasa lagi. There’s something wrong with the puasa.

Ustaz juga ada kongsi satu hadis yang antara lain bermaksud: “Orang yang paling banyak kenyang di dunia, akan paling lama berlapar di akhirat“. So renung-renungkanlah. Saya tak nak lama berlapar di akhirat sebab di dunia yang sekejap ni pun tak tahan berlapar. Apa lagi di akhirat yang dengar kata, satu hari bersamaan seribu tahun..

Anyways, puasa tinggal 9 hari je lagi ni. Sempat lagi kot nak turun sekilo.. 😀

Bangun Lambat

August 23, 2009 6 comments

Terbangun lambat hari ni. ~6:50 am. Terlepas sahur.. Rugi2.. Kalau tau, masa terjaga pukul 3 lebih tu, makan terus.. 😦 Nasib baik cuti hari ni.

Categories: Life Tags: , ,

Salam Ramadhan

August 21, 2009 2 comments
Salam Ramadhan

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga segala amalan diterima Allah dan sentiasa berada di dalam keredhaan-Nya. Mohon maaf atas segala salah dan silap, baik disengajakan atau tidak.

Nota: Gambar ihsan dari Taufiq. Model: Mohd Aniq.

Categories: General, Life Tags: , ,

Dates

September 13, 2007 2 comments

Hari ni dapat kurma lagi.. Alhamdulillah. Kali ni gratis dari Pn GG pula. Yang ni nampak macam mahal skit. So dah ada 3 kotak (kecik la tapi). Macam banyak, tapi dalam beberapa hari, habis la tu.. Aku ni kuat juga makan kurma. Semalam yang En IS beri pun dah makan hampir 1/3.. Yang HR beri dah makan 1/5 kot.. 😛

Ok, it’s almost Maghrib here in KL. Mari makan kurma dan selamat berbuka puasa..!! 😉

Categories: Life Tags: ,