Archive

Posts Tagged ‘Tazkirah’

27 Kali Ganda

February 21, 2012 Leave a comment

pagi td ustaz nazim beritau; kelebihan solat berjemaah, 27 kali ganda dari solat sendirian ni kita tak nampak sbb Allah tak zahirkan. bila nyawa dah sampai ke kerongkong nnt, masa tu Allah akan zahirkan. masa tu lah baru menyesal sbb tinggal solat berjemaah.

ya Allah berilah aku, ahli keluarga dan sahabat2 ku yang lelaki, taufiq utk bersolat jemaah setiap waktu, amin..

Categories: Uncategorized Tags: ,

Sekilo

August 31, 2010 6 comments

Mungkin sebab HSE Day tahun ni diadakan hampir dengan bulan puasa, salah satu aturcara program ialah kuliah Zohor. Kuliah tu pasal puasa dan sains. Saya datang hampir di hujung kuliah, tapi alhamdulillah, sempat juga dengar beberapa isi penting.

Antaranya, ustaz tu cakap, lepas bulan puasa nanti sepatutnya berat badan kita kurang sekurang-kurangnya 2 kilogram. Paling teruk pun 1 kilo. Siapa yang tak kurang walau sekilo, maknanya dia belum betul-betul puasa lagi. There’s something wrong with the puasa.

Ustaz juga ada kongsi satu hadis yang antara lain bermaksud: “Orang yang paling banyak kenyang di dunia, akan paling lama berlapar di akhirat“. So renung-renungkanlah. Saya tak nak lama berlapar di akhirat sebab di dunia yang sekejap ni pun tak tahan berlapar. Apa lagi di akhirat yang dengar kata, satu hari bersamaan seribu tahun..

Anyways, puasa tinggal 9 hari je lagi ni. Sempat lagi kot nak turun sekilo.. 😀