Tanya Ustaz

January 24, 2012 Leave a comment

baru lepas call ustaz shauqi. post ni supaya bole rujuk semula bila perlu

soalan:

1. saya biasa buat solat sunat witir lepas isyak. bole tak lepas witir tu saya buat solat sunat lain pula?

2. bole tak kuatkan suara dalam solat sunat?

3. bole tak buat solat sunat istikharah dalam waktu2 yang diharamkan solat?

jawapan:

1. lepas witir tu seeloknya tido dulu. lepas bangun baru bole buat solat sunat lain. ataupn ada ulama ckp kena tunggu dalam sela masa yg lama (sejam, dua jam).

2. sunnah perlahankan suara dalam solat sunat. kecuali utk beberapa solat eg. solat sunat hari raya.

3. solat sunat istikharah tak termasuk dalam solat2 yang haram solat dalam waktu2 haram solat. tp seeloknya jangan buat masa tu sbb solat sunat istikharah lebih kurang sama dgn solat sunat hajat. takut ada pendapat ulama lain yang mengatakan tak bole.

wallahu’alam.

p/s: ada satu soalan lagi sebenarnya, tp segan pula nak tanya. mcm dah banyak pula tanya. lain kali insyAllah.

Categories: Tazkirah

Test

September 27, 2010 5 comments

Attempting to post from a symbian device.

Ok, WordPress cool sebab support mobile blogging. Blogspot pun support juga, tapi post guna sms. Apa kes.. Rugi la ada wifi kat rumah kalau nak kena guna sms.. So dear Blogspot, please fully support mobile blogging as soon as possible.

Oh, banyak benda nak tulis sebenarnya, tapi leceh la pula nak taip banyak2 kat handphone. Walaupun handphone ni ada full qwerty keyboard, sungguh tak best menaip dengan dua ibu jari. Tak touch-typist la macam ni.. :p

Categories: Life

29 Sahaja?

September 4, 2010 4 comments

Dengar kata, Khamis depan dah raya.
Kerajaan nak selaraskan hari raya dengan negara² jiran.
Betul ke?
Ruginya kalau betul..

Categories: Uncategorized Tags: , ,

Sekilo

August 31, 2010 6 comments

Mungkin sebab HSE Day tahun ni diadakan hampir dengan bulan puasa, salah satu aturcara program ialah kuliah Zohor. Kuliah tu pasal puasa dan sains. Saya datang hampir di hujung kuliah, tapi alhamdulillah, sempat juga dengar beberapa isi penting.

Antaranya, ustaz tu cakap, lepas bulan puasa nanti sepatutnya berat badan kita kurang sekurang-kurangnya 2 kilogram. Paling teruk pun 1 kilo. Siapa yang tak kurang walau sekilo, maknanya dia belum betul-betul puasa lagi. There’s something wrong with the puasa.

Ustaz juga ada kongsi satu hadis yang antara lain bermaksud: “Orang yang paling banyak kenyang di dunia, akan paling lama berlapar di akhirat“. So renung-renungkanlah. Saya tak nak lama berlapar di akhirat sebab di dunia yang sekejap ni pun tak tahan berlapar. Apa lagi di akhirat yang dengar kata, satu hari bersamaan seribu tahun..

Anyways, puasa tinggal 9 hari je lagi ni. Sempat lagi kot nak turun sekilo.. :D

Last 10

August 31, 2010 5 comments

10 Ramadhan terakhir ni kalau bole nk:

  • solat Isyak & Subuh kat surau
  • terawih kat surau
  • tido lebih awal (12:00am tak cukup awal)
  • bangun lebih awal (5:00am tak cukup awal)
  • pendekkan masa sahur (supaya dpt solat sunat lebih skit)
  • amalkan adab² tido

p/s: entri ni utk diri sendiri :p

Categories: Life

Why

August 24, 2010 8 comments

I almost forget how it feels to blog.
Actually, I want to write but why it has to consume too much time?
Have I lost the touch?
Err, do I have any in the first place? (>_<)

Categories: Life Tags:

Seriously, jom?!

Dulu, di wordpress inilah tempat aku mengenali rakan-rakan baru dan lama seperti Nana, Aishah, lydiarayyan, Dilanun (merangkap ex-coursemate), Mucs (yang tak pernah kenal masa sama2 di UTM) dan Fadh (ni pun serupa tak berapa kenal). Sepanjang kat wordpress ni banyak juga kenangan suka-duka yang telah terbina.. dan ada juga yang dah aku ingat-ingat lupa. Paling penting, aku rasa di antara kita semua, akulah yang tak pernah nak join mana-mana event terutamanya majlis-majlis yang dijemput oleh Cik Nana (yang rajin sangat buat aktiviti makan-makan), bukan sebab tak sudi tetapi kerana masalah buta Geografi yang aku hadapi. Iyer, aku tak tahu sangat selok-belok jalan kat KL nih. So, hmm.. faham-faham je lah.

Jadi, hmm.. sempena Ramadhan ni, takde ke plan nak buat aktiviti berbuka puasa bersama-sama? Cadangan tempat? Tentulah Putrajaya! Oh, agak bias di situ.. hehe.

But seriously, jom? ^_^

Categories: Uncategorized

Happy birthday!!!

February 18, 2010 4 comments

gambar kek je la...

Since Mucs, Fadh dan juga Lanun… semuanya bizi. Lalu biarlah saya sahaja yang update…. Sebenarnya ada meeting jap lagi.

So, guys, i know you have had a fun one birthday… Kecuali Mucs yang kena kerja… :P

May Allah bless you guys, and us.

Categories: Uncategorized

Malas

November 8, 2009 6 comments

Kemalasan menghantui jiwaku sejak sebulan lebih yang lalu.

  • Malas nak update
  • Malas nak singgah blog orang lain
  • Malas nak reply komen

Malam ni la baru ada rajin skit..

Apa nak jadi? Sigh..

Categories: Life

Salam Lebaran

September 15, 2009 20 comments

Salam adik-adik,

Rasanya lama betul tak menulis kat sini. Sejak-sejak bizi dengan kerja dan tugas pun makin bertambah, memang Kak Nana melawat saja tanpa menulis di sini.

Tup tup dah nak raya dah. Kejap je.

Kak Nana tak sure raya tahun ni macam mana sebab this is the first year Kak Nana akan beraya tanpa Ayah. Sedangkan melalui Ramadhan kali ini terasa sungguh kehibaannya, apa tah lagi Aidilfitri yang kurang seminggu je ni.

Doakan yang baik-baik je buat Kak Nana sekeluarga.
Dan Kak Nana mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat keterlanjuran kata atau perbuatan yang Kak Nana lakukan secara sedar/ tak sedar, sengaja atau tidak sengaja pada semua yang kenal Kak Nana.

ketupat daun palas

Mucs, terima kasih kerana bagi peluang Kak Nana menulis di sini. Mengenali awak aje dah buat Kak Nana gembira dan bersyukur kerana ada kawan sebaik awak.

Mucs, Fadh, Aishah, LydiaRayyan, Dila dan Pieja, Salam Aidilfitri dan mohon ampun segala salah silap yang Kak Nana sengaja/ tak sengaja lakukan. Semoga hari raya tahun ini dapat mempertemukan kita, Insya Allah.

Jemputlah datang ke rumah.

Untuk semua pembaca Phyxseus, terima kasih buat semua sokongan yang anda berikan buat kami.

Assalamualaikum..

Salam sayang,
Nurnana

Categories: News
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.