Archive

Posts Tagged ‘Free Willy’

Michael Jackson’s Funeral

July 6, 2009 Leave a comment

Katanya esok (7th July) Michael Jackson akan dikebumikan. Kalau ikut cakap TV3, ikut cara Islam. Kalau betul, alhamdulillah. Jenazah tu dah patut sangat dikebumikan. Dah lama sangat. Lebih seminggu. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Media2 utama barat tak mengesahkan pengislaman Michael Jackson. Mungkin mereka nak sorokkan sebab takut ramai yang terpengaruh. Ye la, kan beliau world icon.. Agaknya la..  🙂 Memang beliau tak pernah mengesahkan laporan akhbar2 tabloid tu, tapi tu tak penting. Cukuplah kalau beliau dah sempat ucap syahadah semasa hayat beliau. At least dah ada tiket untuk masuk syurga, insyaAllah. Allah swt maha pengasih.

Anyway, saya bukan peminat setia Michael Jackson. Tapi masa kecik2 dulu (hehe), masa sekolah rendah rasanya. Tiba2 saya dapati kaset album Dangerous ada kat rumah saya. Tak pasti pula datang dari mana atau siapa la yang rajinnya pergi beli kaset tu. Tapi mungkin sebab masa tu simple minded je, so tak fikir banyak2. Benda dah ada, gunakan je la.. Sekali cuba, best la pula.. Terbaik!!

Hampir semua lagu2 dalam album tu best. Lagu Will You Be There memang dah tangkap cintan sebelum tu sebab cite Free Willy. Black or White & Give In to Me pula sebab featuring Slash (ceh, masa tu tak tau pun kot..). So, selalu juga la lagu2 arwah tu mengiringi tido2 malam. Pendek kata, memang tak nyesal la kalau beli. Kalau dapat free (macam saya) lagi la tak nyesal kan? So, memang terbaik la..!! 😉

Jacko + Slash? Terbaik2..