Archive

Archive for the ‘Life’ Category

Balik Dulu

July 18, 2009 5 comments

“Bang, saya balik dulu”

“Eh, jangan balik dulu.. balik la sekarang”

“Takde dulu, takde sekarang, bang..”

“Eh betul. Oh.. pandai ko kenakan aku balik eh..”

Hihi..

Categories: Life Tags: , , ,

Michael Jackson’s Funeral

July 6, 2009 Leave a comment

Katanya esok (7th July) Michael Jackson akan dikebumikan. Kalau ikut cakap TV3, ikut cara Islam. Kalau betul, alhamdulillah. Jenazah tu dah patut sangat dikebumikan. Dah lama sangat. Lebih seminggu. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Media2 utama barat tak mengesahkan pengislaman Michael Jackson. Mungkin mereka nak sorokkan sebab takut ramai yang terpengaruh. Ye la, kan beliau world icon.. Agaknya la..  🙂 Memang beliau tak pernah mengesahkan laporan akhbar2 tabloid tu, tapi tu tak penting. Cukuplah kalau beliau dah sempat ucap syahadah semasa hayat beliau. At least dah ada tiket untuk masuk syurga, insyaAllah. Allah swt maha pengasih.

Anyway, saya bukan peminat setia Michael Jackson. Tapi masa kecik2 dulu (hehe), masa sekolah rendah rasanya. Tiba2 saya dapati kaset album Dangerous ada kat rumah saya. Tak pasti pula datang dari mana atau siapa la yang rajinnya pergi beli kaset tu. Tapi mungkin sebab masa tu simple minded je, so tak fikir banyak2. Benda dah ada, gunakan je la.. Sekali cuba, best la pula.. Terbaik!!

Hampir semua lagu2 dalam album tu best. Lagu Will You Be There memang dah tangkap cintan sebelum tu sebab cite Free Willy. Black or White & Give In to Me pula sebab featuring Slash (ceh, masa tu tak tau pun kot..). So, selalu juga la lagu2 arwah tu mengiringi tido2 malam. Pendek kata, memang tak nyesal la kalau beli. Kalau dapat free (macam saya) lagi la tak nyesal kan? So, memang terbaik la..!! 😉

Jacko + Slash? Terbaik2..

Dear Blog

July 1, 2009 11 comments

Dear Blog,

I’m sorry, I turned my back on you.

sorry_sad_kitty_face1

Your’s truly,

Blog owner

(^_^);

Categories: Blogroll, General, Life

Menjauh

March 24, 2009 5 comments

Salam buat semua,

Sejak kebelakangan ni, saya sering mengalami sakit kepala. Rasa berdenyut-denyut di bahagian dahi dan tengkuk. Bila lama saya mengadap komputer, rasa sakit tu makin menjadi-jadi.

Emosi saya pun semakin teruk jadinya. Entah mengapa, setiap pertuturan kawan-kawan, pasti menjadi sesuatu yang  bermakna pada diri ini. Tiba-tiba saya menjadi seorang yang sangat sensitif.

merajuk1

Dua tiga hari ini, saya memilih untuk mendiamkan diri. Mungkin ini yang terbaik buat masa ini.

Doakan saya supaya berada dalam keadaan yang baik-baik aje.

Salam dari,

nurnana

Categories: Life

Mampukah

December 1, 2008 8 comments

Masih juga terfikir
Kalau diri jadi terpinggir
Oleh dia yang selalunya hadir
Dalam senang ataupun getir

Akankah dapat hati menahan
Rasa duka yang pasti terbeban
Kuatkah kaki terus berjalan
Akan kelamkah nanti laluan

Hati yang kecil selalu berharap
Moga harapan tidak kan ranap
Membuat jiwa menjadi penat
Andai harapan berkecai lenyap

Kiranya aku selalu menganggap
Bahawa aku ini orangnya kuat
Walau hati selalu bergolak
Kukuatkan hati kusuntik semangat

Moga hari-hari yang pasti
Membawa bahagia datang kembali
Membangkitkan lagi hati naluri
Menarik nafas, bangkit berdiri.

🙂

Categories: General, Life

Dilema

November 28, 2008 14 comments

Salam..

Lama tak membebel di sini. Eh, tadi, saya jalan-jalan carik lagu, saya jumpa lagu ini. Di dalam dilema oleh kumpulan KRU. Rindu betul nak dengar lagu-lagu lama KRU.

Oh ya, ada beberapa kawan yang sudah bosan berblogging. Sedangkan mereka adalah blogger yang hasil penulisannya bagus juga. Banyak peminat dan saya adalah salah seorang dari peminat dan pembaca blog mereka.

Mungkin mood berblogging pun ikut musim. Masa semua orang nak mula berblog, ramai la turut berblog. Sebab ia seronok, dan terasa macam dapat ramai kawan, walaupun secara maya.

Bila dah bosan, semua bosan secara berjemaah juga. Dan berhenti ramai-ramai. Tak kurang juga ramai yang mula pindah domain lain.

Atau mungkin juga writer’s block?

Tapi, saya faham. Saya juga banyak kali terfikir nak quit saje. Hantar surat resign (ntah pada sape, pada WordPress barang kali..) dan tak perlu menulis lagi. Tapi, macam sayang sangat. Sayang sebab dah banyak sangat saya dah menulis. Dah banyak sangat yang saya bebelkan.

Mungkin banyak juga saya kumpul dosa di sini. Mengutuk orang, memerli orang dan komen-komen tabiat manusia di sekeliling. Kamu baca, dan turut bersama membincangkan topik-topik hangat harian. Hihi. Maaflah, walaupun itu bukan tujuan sebenarnya saya berada di sini, tapi kadang-kadang saya buat juga.

Mungkin pada kawan-kawan yang nak berhenti berblog, dah bosan dengan pembaca. Pembaca yang banyak kutuk dari menyokong mereka. Atau terasa tidak selamat lagi. Aktiviti harian semakin dihidu kawan-kawan sepejabat.

Apa pun alasan kamu yang semakin bosan berblog, ia terserah pada kamu. Kalau kamu hanya perlu rehat buat seketika, dari dunia blogging ini, kamu rehat lah. Ambil masa sebanyak mana yang kamu perlu.

Ini hak kamu, saya faham.

Atau mungkin, jadikan blog kamu privasi. Jadi, peminat dan pembaca kamu masih boleh cari kamu dan berkongsi kegembiraan dan kesedihanmu.

Kan?

Categories: Life

Kuda ku lari gagah berani?

November 26, 2008 7 comments

Aku berlari

Apa kau fikir aku sedang mengejarmu?

Aku berlari

Apa kau fikir aku sedang mengekorimu?

Aku berlari

Mengejar impian

Aku berlari

Mengejar mimpi-mimpi ku

Aku harap

Aku kan terus berlari

Berlari tanpa henti

Sehingga aku tak mampu berlari lagi

Selagi aku bisa berlari

Mungkin hingga mata tertutup rapat, nadi terhenti

نورنانا

24 Nov 2008

22.59, Ampang

Categories: Life

Away

October 23, 2008 4 comments

Mucs will be away. Will be back around Eiduladha. Until next time, so long.. 🙂

Categories: Life

Salam Eidulfitri 1429H

October 12, 2008 3 comments

Walaupun macam dah terlalu lambat, tetapi dikesempatan ini, ingin saya ucapkan Salam Eidulfitri kepada semua umat Islam, terutamanya kepada semua rakan dan kenalan yang tak sempat saya hantar ucapan melalui SMS (kad raya jauh sekali 😛 ). Maaf zahir dan batin.

P/S: Terima kasih buat kak Nana yang terlebih dulu buat entri hari raya bagi pihak saya 🙂

Categories: Life Tags: , ,

T.e.r.i.m.a k.a.s.i.h

August 4, 2008 17 comments

Salam,

Sahabat/ Kawan/ Teman: Satu istilah yang kita amat perlukan dalam hidup.

Persahabatan dalam Wikipedia bermaksud istilah yang menggambarkan perilaku kerja sama dan saling mendukung antara dua atau lebih entiti sosial. Maksudnya kejujuran dan kesefahaman adalah penguat kepada perhubungan ini.

Kita juga perlu;

memahami mereka supaya mereka menghargai dan memahami kita kembali,

menyokong mereka supaya rasa disayangi dan menyokong kita kembali,

menanya khabar berita mereka supaya mereka sentiasa rasa diperlukan..

Baru-baru ini, di saat saya dilanda masalah, saya rasa kawan-kawan banyak membantu saya. Terima kasih atas semua pertolongan. Semoga hidup kawan-kawan dirahmati Allah sentiasa. Terima kasih.

True friends- by Mrs Reynolds

True friends are always here
When the tears are falling
Then they are always near
They always here you calling
Friends help you with your issues
And when you watch sad things
They always have the tissues
They are like angels with the wings
So many memories you both share
When you are down and sad
They are always there and care
To have them you are glad
You always have so much fun
You remember when you use to play
They are always number one
And true friends always stay

P/S: Saya tak pandai berbicara dan bersajak. Saya dapat poem ini di sini.

Categories: General, Life