Home > General > Hello..hello..

Hello..hello..

Bila kali terakhir kamu menggunakan telefon awam?

Kan sekarang ni kita boleh katakan, semua orang dah ada telefon bimbit yang semakin canggih-manggih. Maka nya, telefon awampun kurang digemari, tetapi masih dicemari, bukan?

Dulu masa zaman saya belajar kat U pun, penggunaan handphone masih lagik minoriti di kalangan pelajar U. Jadiknya, nak telefon mak, ehem-ehem dan kawan-kawan pun, masih jugak kita carik public phone.

Dan makcik ko-op kolej sangatlah bengang bila kita nak tukar duit syiling. Selalu jugak kita di halau dari kedai-kedai runcit kalau kita nak tukar duit syiling bebanyak.

Kadang-kadang tu, bila beli barang, dapat duit tukaran syiling, simpan sebab nak guna buat telefon.

public-phone

Sekarang? Public phone kat Malaysia ni dah jadik tempat tampal iklan aje lah gamaknya. Gagang telepon pun kadang ada, kadang takde. Dan tempat syiling tu mesti dah ditebuk tupai dah. Eh, tubai leh tebuk ke public phone?

Sekarang, agak-agak kalau korang terpaksa guna public phone, korang ingat ke cara-cara nak mendail, nak memasukkan duit (yang ni lebih kurang masuk duit parking gak kan) dan dan tekan F.O.C? Ke, korang memang dah tak ingat yang dulu-dulu korang guna public phone?

Hehe..terkenang pulak!

p.s: Saya guna public phone tadik, sebab terlupa bawak handphone, ketika saya sesat di Tesco, bersama rakan. Bila dah biasa guna handphone, makanya nombor tepon kawan saya tu dah tentulah lupa. Tak pernah ingat pun. Nasib baik lah saya ingat nombor telefon kawan saya sorang lagik. Nasib baik saya tak hilang!!!

Categories: General
  1. January 5, 2009 at 5:05 pm

    haha kak nana apsal tak gi dekat kaunter customer service je buat announcement sape2 kehilangan kawan..hihi…
    😛

    oh public phone! alat telekomunikasi paling bermakna dalam hidup masa sekolah menengah dan zaman u dulu… 😛

  2. نورنانا
    January 5, 2009 at 5:10 pm

    oh, tadik banyak sgt syiling, so masih boleh mencarik sendiri la kawan2 yg menghilang

    ye, dulu kak nana suka telefon uniphone yg guna card tu

  3. January 5, 2009 at 5:22 pm

    echah tak mampu nak beli uniphone…mahal la nak kuarkan sekali rm5 tu…
    guna syiling lagi senang. lagipun sembang ngn mak tak sampai singgit pun. hihi.
    tak reti nak bergayut lama2….

  4. January 5, 2009 at 6:19 pm

    apakah objek itu??? (pura2 tidak kenal konon2 dah giler maju)

  5. نورنانا
    January 6, 2009 at 7:51 am

    blah la lu lyd!!

  6. January 29, 2009 at 9:20 pm

    siannyerr pondok tepon tewww.. kannns

  7. buzzybug
    February 11, 2009 at 11:40 am

    saya dah x pernah guna public phone skang nie… huhu… number x ingat satu hal, tp, entah, x selera la tgk public phone tu… kotor. hehe…

    fixed line punya phone pun saya jarang guna. guna handphone je senang. hehehe…

  8. نورنانا
    February 18, 2009 at 11:15 am

    saya pun dah lama tak guna. tapi pernah la guna, selepas ada hp.dan saya pun akan pilih public phone yg agak2 ok je. hoho.

  1. No trackbacks yet.

Leave a comment