Home > Life > Dilema

Dilema

Salam..

Lama tak membebel di sini. Eh, tadi, saya jalan-jalan carik lagu, saya jumpa lagu ini. Di dalam dilema oleh kumpulan KRU. Rindu betul nak dengar lagu-lagu lama KRU.

Oh ya, ada beberapa kawan yang sudah bosan berblogging. Sedangkan mereka adalah blogger yang hasil penulisannya bagus juga. Banyak peminat dan saya adalah salah seorang dari peminat dan pembaca blog mereka.

Mungkin mood berblogging pun ikut musim. Masa semua orang nak mula berblog, ramai la turut berblog. Sebab ia seronok, dan terasa macam dapat ramai kawan, walaupun secara maya.

Bila dah bosan, semua bosan secara berjemaah juga. Dan berhenti ramai-ramai. Tak kurang juga ramai yang mula pindah domain lain.

Atau mungkin juga writer’s block?

Tapi, saya faham. Saya juga banyak kali terfikir nak quit saje. Hantar surat resign (ntah pada sape, pada WordPress barang kali..) dan tak perlu menulis lagi. Tapi, macam sayang sangat. Sayang sebab dah banyak sangat saya dah menulis. Dah banyak sangat yang saya bebelkan.

Mungkin banyak juga saya kumpul dosa di sini. Mengutuk orang, memerli orang dan komen-komen tabiat manusia di sekeliling. Kamu baca, dan turut bersama membincangkan topik-topik hangat harian. Hihi. Maaflah, walaupun itu bukan tujuan sebenarnya saya berada di sini, tapi kadang-kadang saya buat juga.

Mungkin pada kawan-kawan yang nak berhenti berblog, dah bosan dengan pembaca. Pembaca yang banyak kutuk dari menyokong mereka. Atau terasa tidak selamat lagi. Aktiviti harian semakin dihidu kawan-kawan sepejabat.

Apa pun alasan kamu yang semakin bosan berblog, ia terserah pada kamu. Kalau kamu hanya perlu rehat buat seketika, dari dunia blogging ini, kamu rehat lah. Ambil masa sebanyak mana yang kamu perlu.

Ini hak kamu, saya faham.

Atau mungkin, jadikan blog kamu privasi. Jadi, peminat dan pembaca kamu masih boleh cari kamu dan berkongsi kegembiraan dan kesedihanmu.

Kan?

Advertisements
Categories: Life
  1. November 28, 2008 at 2:56 pm

    i choose option terakhir~ private kan blog. hihi…

  2. نورنانا
    November 28, 2008 at 2:59 pm

    ye. itu lebih baik.

  3. November 28, 2008 at 3:04 pm

    berblog ni pun bermusim gak..dan yang lebih penting ikut mood penulis tu..lain lah kalau blog tu citer pasal politik. takkan ade musimnya.memang selalu je ade…

  4. نورنانا
    November 28, 2008 at 3:21 pm

    betul tu fairuz.

  5. November 28, 2008 at 3:23 pm

    saya dah privatekan pn blog saya. maka, saya boleh mengepos gambar atau mengutuk dengan bebas. hhee. kidding!

    saya takkkan delete blog saya. sayang wooo…. biar private dari delete. nanti kalo dah delete, takleh guna dah domain tu.

  6. نورنانا
    November 28, 2008 at 3:26 pm

    ye. private kan, jln lupa add nama kak nana.
    yg blog awak kat wordpress tu takde pun add nama kak nana.

  7. famia
    November 28, 2008 at 3:29 pm

    bila musim tengkujuh dah habis..
    kita tulislah ramai2.

    munkin pasal awal muharram dah nak dekat.

  8. نورنانا
    November 28, 2008 at 3:56 pm

    ye la.

    dan kita fikirkan benda yg sama dlm blog.

    baru aku perasan.

  9. December 1, 2008 at 10:41 am

    apa apa pun. blog kita untuk kita.
    bukan untuk comercial.
    kalau orang tak suka, apa bleh buat. kan?
    😛

  10. نورنانا
    December 1, 2008 at 12:53 pm

    ye.
    tak suka, perrgi la tempat lain.

    kan?

    tapi kak nana suka gi aishah’s blog.
    semua blog echah kak nana suka.

  11. December 1, 2008 at 2:44 pm

    hihi…
    terima kasih kak nana. 🙂

  12. December 27, 2008 at 8:40 am

    for me, i would say, i’m on a vacation right now. hehe..

  13. نورنانا
    December 30, 2008 at 8:18 am

    kau tu hari-hari ada vacation. hoho..

    • January 4, 2009 at 8:35 am

      hohoho.. vacation all year round.. 😛

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: