Home > General, Tazkirah > Masih Suami Isterikah Di Alam Akhirat?

Masih Suami Isterikah Di Alam Akhirat?

Dari email yang saya dapat daripada seorang rakan. Agak menarik dan pada saya, sedikit berkaitan dengan entri Angels & Ramadhan. Yang ni khas untuk wanita saya kira. Soalan no. 6 pernah saya tanya pada salah seorang ustaz di sini (KT). Beliau sekadar menjawab “Wallahu’alam”.

  1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim).Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.
  2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.
  3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.
  4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.
  5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.
  6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.

🙂 Wallahu’alam. Di samping berusaha untuk meningkatkan iman dan amal, sama-samalah kita berdoa semoga kita semua dimasukkan ke dalam syurga dengan Rahmat-Nya di akhirat kelak.

Advertisements
  1. نورنانا
    October 13, 2008 at 8:28 am

    sama-samalah kita berdoa semoga kita semua dimasukkan ke dalam syurga dengan Rahmat-Nya di akhirat kelak.

    Amin..

  2. October 13, 2008 at 9:56 am

    Mus, bile nak kawin? hehe

  3. نورنانا
    October 13, 2008 at 10:22 am

    hahahah @ lanun.

  4. October 13, 2008 at 12:42 pm

    Mus, dah de gf lom? hehe~

  5. t.a.t.a
    October 13, 2008 at 6:14 pm

    haah mus, nak tau jugak ni! cepat la.

  6. October 13, 2008 at 7:40 pm

    cepatla!~

  7. October 14, 2008 at 8:49 am

    echah nak aminkan doa kak nana.

    amiin…

  8. October 14, 2008 at 8:52 am

    hmm.. paling cepat lagi 2 atau 3 tahun. tapi masa umur 29 lebih sesuai kot.. gf takde. sejak ko reject aku dulu, tak jumpa lagi yang berkenan.. haha.. 😛

    echah: amin..

  9. October 14, 2008 at 9:47 am

    haha yela tu mus~.. takde gf ke? ni nak kenalkan dengan sumbody ni.. nak tak? hehe…

  10. October 14, 2008 at 10:09 am

    yela.. orang yang tak berkenan ngan aku.. bukan aku tak berkenan ngan orang.. haha..

    sumbody tu cantik macam ko tak? hehe..

  11. October 14, 2008 at 10:23 am

    aku mana de cantik.

    ko betul ke takde gf ni??

  12. October 14, 2008 at 10:34 am

    ish, ko kena cakap ko cantik la. insyaAllah nanti baby ko pun cantik juga. petua ni.. 😉

    betul la. ala, bukan wajib pun ada gf..

  13. October 14, 2008 at 10:58 am

    haa bolela.. nanti aku bg no tepon.. hehe…

  14. نورنانا
    October 14, 2008 at 2:11 pm

    hoho lanun. baik nya kau!
    mus, terus terang nye la kau ni. alahai~~

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: