Home > General, Life > Kecoh!

Kecoh!

Banyak perkara yang berlaku tetiba kat depan mata saya sekarang. Ada mamat dari Sarawak yang tersengih-sengih lalu kat depan my office. Saya sengih balik. Ada seorang kakak yang berjalan pegang kertas tapi nampak sangat fikiran dia bukan kat office.

Ada pegawai yang dah ditukarkan awal minggu ni. Pergi dan meninggalkan kerja yang tak putus. Dan rakan sekerja saya telah dipilih untuk menanggung kerja itu buat sementara waktu. Sampai pegawai baru masuk bulan 8 nanti. Rakan saya tu memang agak sibuk. Lalu saya menawarkan diri untuk membantu. No, it’s not about the money. It’s about getting things done. [Yeah, right]

Seorang lagi rakan sekerja datang menyiapkan kerja di meja saya. Serabut tengok meja sendiri katanya. Meja saya ni nampak macam lapang saja. Yelah. Laptop pun dah kecik. Tak ada lagi pc yang besar-besar makan separuh ruang workstation. [ops. tag workstation belum ditunaikan lagi…]

Sekarang ni kami semua sibuk nak menguruskan majlis episi yang akan diadakan on this 30th. 31st July nanti pulak saya ada meeting yang perlu diurus setiakan. Agenda dah siap. Surat pun dah siap. Tapi bos tak ada. Surat panggilan mesyuarat pun belum keluar lagi. Tapi makluman awal telah diedarkan melalui email. Harap agensi dan jabatan bersedia lah.

Pagi tadi saya turun ke aras lama. Melawat x-bos dan rakan2 lama. Kecoh jugak. Berita pasal seorang pegawai yang akan kembali ke Bahagian lama. Begitulah. Rindu pula suasana kerja di tempat lama. Sibuk. Mengejar. Di tempat baru ni saya agak lapang. Tapi kata orang tak sibuk okaylah. Saya rasa tak okay pulak. Tetiba saja saya nak banyak kerja. Bosan.

p.s : Macam mana azam tahun ni? Ready to review? Ada progres? Good luck for the second half year. 🙂

Advertisements
Categories: General, Life
  1. نورنانا
    July 22, 2008 at 3:58 pm

    progress?
    ada..BANYAK!

  2. July 22, 2008 at 4:31 pm

    progres? sudah berbadan dua skang 🙂

  3. t.a.t.a
    July 26, 2008 at 4:22 pm

    progress? masih cuba nak ingat apa azam tahun dan tahun lepas.. 😉

  4. July 27, 2008 at 9:47 am

    ada la progres skit2.. 🙂

  5. August 3, 2008 at 4:24 pm

    sibuknya kehidupan seharian!

    the second half year = first half year. huhu.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: