Home > Uncategorized > C.I.N.T.A KAH?

C.I.N.T.A KAH?

Sebenarnya post ni dah lama dah. Tapi aku segan nak share. *aku kan pemalu* haha…Apa pendapat korang?

Cinta kah, kalau bila kita tengok dia senyum, kita rasa bahagia? Tak, itu gila…Cinta kah, kalau kita teringat kat dia selalu…tak, itu rindu.. Cinta kah, kalau dia sedih, kita pun rasa sedih? Tak, itu empati…Cinta kah, kalau dia sakit, kita pun risau? Tak, itu ambil berat…

Jadi, macam mana baru cinta? Bagaimana kita nak tafsirkan cinta? Terukkan? Ungkapan cinta sangat mudah diucapkan. Sedangkan dalam hati, makna cinta pun kita tak jelas. Tapi orang kata cinta tak perlukan pemahaman yang jelas. Cinta akan dirasa bila kita merasakannya. Pengalaman rasa dicinta, mencinta sendiri sukar dijelaskan dengan kata-kata. Rasa cinta hanya dirasa oleh orang yang bertuah.  Jadi bertuahlah bila pernah merasa cinta. Lagi bertuah jika sedang dilamun cinta.

Bertuahkan bila dicinta? Mungkin. Mungkin juga tidak. Bergantung pada pendapat masing-masing. Mungkin bahagia bila cinta mendapat restu. Mungkin tidak bila cinta dihujani pelbagai dugaan.  Tapi kata orang, bila bercinta, tidak akan ada perkara lain yang dapat menghalang.  Hati akan kuat menerima apa saja dugaan, asalkan ada cinta di sisi. Betul? Entah.

Bagaimana wujud cinta kalau cinta belum berbalas? Bukankah cinta wujud hanya bila dua jiwa merasakan perasaan yang sama? Bukan begitu? Apakah tanda perasaan itu cinta?

Advertisements
Categories: Uncategorized
  1. نورنانا
    May 13, 2008 at 3:29 pm

    sungguh jiwang..

  2. May 13, 2008 at 4:11 pm

    jangan lah komen jiwang ke tak. buhsan.* 😛 (saya tahu dah saya jiwang) tapi apa pendapat kak nana pasal cinta ni? complicated kan? 😉

  3. نورنانا
    May 13, 2008 at 5:05 pm

    Cinta:
    boleh buat kita lupa diri
    boleh buat kita sedar diri

    boleh buat kita hilang arah
    boleh buat kita terjumpa cahaya

    boleh buat kita jadik pemarah
    boleh buat kita jadik penyayang

    boleh buat kita lupakan keluarga
    boleh buat kita sentiasa dekat dengan keluarga

    Cinta boleh merubah kita jadik lebih kejam
    Cinta juga boleh merubah kita jadik lebih baik

    Cuma, kita yang perlu pandai mencorakkannya,
    perlu pandai membawa diri…

    Ok?

  4. May 21, 2008 at 5:10 pm

    wahs! very fantastic! huhu mantap!
    *clap*clap*

  5. niza epun
    May 24, 2008 at 1:30 pm

    😉 hard to xplain what’s love, rite? emm… no idea lah… kena alami sendiri kot baru tau what love is… 😛

  6. نورنانا
    May 26, 2008 at 8:12 am

    hahaha..
    tetiba kak nana jadik jiwang-jiwangan..hahaha…

  7. May 30, 2008 at 6:24 pm

    /me trying not to be in love 😉 btw, cinta itu subjektif

  8. June 4, 2008 at 8:50 pm

    me not smart, but me knows wat love is..

  9. fau in da house
    June 19, 2008 at 3:15 pm

    huhuhu cinta e2 buta..butakah cinta?

  10. June 27, 2008 at 4:59 pm

    fau: cinta kepada Allah dan Rasul confirm tak buta

  11. نورنانا
    June 28, 2008 at 11:39 am

    betull..betull..betul..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: