Home > General, Life > Surat Terbuka

Surat Terbuka

Assalamualaikum (dan Salam Sejahtera).

Semoga anda dalam keadaan sihat sejahtera. Saya di sini, alhamdulillah, sihat-sihat sahaja. Hmmm semasa mula nak menaip tadi, terasa banyak sangat idea yang nak dikongsi, tetapi bila tangan mula menaip-naip dan menghentak papan kekunci ini, idea pun bertempiaran lari, mungkin terkejut dengan bunyi hentakan seakan-akan budak baru mengenal mesin taip.

Alamak, melalut pulak. Saya pun tak tahu kepada siapa surat ini ingin ditujukan. Isi apa yang hendak diluah pun belum ada.

Oh ya, tadi saya lihat tajuk besar laman ini ialah mineworks. Ermm…boleh tak kalau saya rasa mineworks itu boleh diubah kepada oursworks? Memandangkan penyumbang/penulis sudah ramai di sini.  Ahah. Tahu, bukan boleh ditukar pun tajuk itu, kan? Tak mengapalah, itu saja identiti yang membawa kita kepada mucs.

Macam lucu…mungkin ada pembaca yang akan tertanya-tanya, siapa yang tulis entri ini? Bukan entri ini, malah entri-entri lain juga. Saya percaya, tentu ada yang terasa macam tidak selesa dengan gaya penulisan yang berlainan, kan? Ada juga yang tidak kisah. (Macam saya) Tapi ketara, ada yang tertanya-tanya. Ah, tak kisahlah. Sedangkan tuan punya blog sangat baik hati dan tidak kisah rakan-rakan mengemaskini lamannya, apa sangatlah kita nak bisingkan.

Erm, ingin juga memaklumkan di sini, mulai hari ini salah seorang kawan kita, Fadh akan menghadapi kursus wajib dalam perkhidmatannya selama 6 bulan, jadi mungkin kekerapannya menjenguk laman ini dan laman-laman biasa yang ditinggalkan jejak akan berkurang. Sama-sama kita doakan dia, eh.

Nana atau Kak Nana pula cuti hari ini. Lanun dan Lydia tidak pula saya tahu.

Okaylah. Cukuplah setakat ini dulu. Masih ada lagi urusan yang perlu dibuat. Semoga hari anda semua ceria.

Wassalam.

Y.B,

aishah.

Advertisements
Categories: General, Life
  1. نورنانا
    February 19, 2008 at 8:00 am

    ahaks..
    ecah..

    akak dah balik dah untuk bekerja…
    rindu kat korang..haha..(sungguh poyo..)

    wah…cara penulisan ecah sgt berlainan..
    hak hak hak….

    baguslah..ecah x bawak identiti ‘assistdirect’ ecah ke sini…
    xde la boring sgt nk baca..

    utk mucs,
    jenguk2 la jugak kitorg kat sini…. mana lyd pegi aaa?
    dia tukar keje ekk??

  2. February 19, 2008 at 9:13 am

    hai..kak nana…erm…

    tak bawa identiti assisdirect ke sini

    hmmm…

  3. ixora
    February 21, 2008 at 1:20 am

    Ingat YB td.. yg benar rupanya. ekeke..

    erm,mana Cik Lydia itu pergi aaa? sunyi sepi je takde suara beliau.. eheh..

  4. tinatakeshi
    February 21, 2008 at 2:36 pm

    Salam..tumpang lalu n tumpang tanye,cik aishah ni Yb katne?=P

  5. February 21, 2008 at 2:42 pm

    cik aishah YB di mana2 sahaja…yang diperlukan dan yang sudi menerima…
    cik aishah, however is not involved in any politics matters and definately will be throwing her vote…thank you.

  6. نورنانا
    February 22, 2008 at 10:02 am

    Hidup YB ecah!!!

    Hak hak hak..

  7. February 24, 2008 at 8:52 am

    terima kasih yb aishah..
    masalah sapa yang tulis entri telah diselesaikan dengan penggunaan theme ni. tentang tajuk tu, saya pun tak pasti bole tukar ke tak.. tapi tak payah la eh..? 😉

    nana: dapat jenguk skit2 je la. susah gila kat sini. connection slow. lebih lambat dari dial up. ampeh.. lydia sibuk la tu.. ada projek besar juta2 kot..

  8. نورنانا
    February 24, 2008 at 10:12 am

    Dah tiba masa pakai broadband la tu…

  9. February 28, 2008 at 11:38 am

    err.. rasanya broadband ni.. tapi ampeh..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: