Home > General > Kini mereka sudah tidak ketinggalan jamban – sebuah kisah penuh tragis!

Kini mereka sudah tidak ketinggalan jamban – sebuah kisah penuh tragis!

Arakian pada tanggal 15 Februari 1983, lahirlah dua orang putera berdarah celup yang dinamakan Rain Mucs dan Takuya Kimura  Fadh. Rain Mucs berdarah campuran korea manakala Takuya Kimura  Fadh pula berdarah campuran Jepun. Namun begitu, kedua-dua mereka adalah sangat lupa daratan. Tidak pernah sekalipun mereka menggunakan bahasa Korea mahupun Jepun semasa berkomunikasi dengan orang ramai. Sekiranya ada pun, itu mungkin dilakukan ketika sedang mengigau di dalam tidur. Dipendekkan cerita, mereka adalah mamat Pan-Korea dan Pan-Jepun yang berjiwa Melayu. Oleh kerena mereka berjiwa Melayu dan beragama Islam, maka mereka tidak pernah meninggalkan solat 5 waktu sehari semalam. Wuihhhh.. pasti tinggi hantaran untuk meminang mereka ini.. hahahahahahhaah! Eh, pesal aku gelak ni?? lawak ke??? Tak lawak pun.. haha.. sengal…

Rakaman album pertama mereka masing-masing telah dirakamkan di suatu tempat di negeri Johor. (Ini saya teka sahaja kerana sebenarnya saya pun tidak tahu tempat kelahiran mereka berdua. Serius. 

Ketika kecil mereka seringkali berak dan kencing di mana-mana dan bila-bila masa sahaja. Mujur dengan berkat kesabaran kedua ibu bapa mereka selama mendidik dan mengasuh mereka, kini mereka sudah pun pandai menggunakan jamban untuk membuat sebarang bentuk pelaburan yang mereka ingini. Jadi, mereka sudah tidak ketinggalan jamban lagi. Mereka sudah bijak! Merekalah juara!!!! Yayyyyy!!!

Saya sudah tidak tahu apa lagi yang hendak dibebelkan. Justeru, hape kata saya menguploadkan gambar-gambar si kecil yang terdiri daripada anak-anak cousin saya yang sudah berkahwin, mengandung 9 bulan dan melahirkan anak. Saya perlu menerangkan hal ini sejelas-jelasnya ya kerana di zaman ini, bukan wanita-wanita yang sudah berkahwin sahaja yang mampu melahirkan anak. Mereka yang masih single jugak sudah ramai yang telah membuktikan kemampuan untuk beranak. Pelik tapi benar. hmm..

Oklah. Akhir kata selamat hari lahir buat tuan punya blog dan tuan punya blog lagi satu ini. Saya doakan semoga anda berdua sentiasa bahagia di samping insan-insan tersayang. Sempena hari Jumaat yang mulia ini juga, saya memohon anda berdua turut mendoakan kebahagiaan saya. Ini kerana, sekiranya saya lebih bahagia, saya akan makan dengan lebih gigih dan menjadi lebih gemuk. Saya suka kegemukan kerana gemuk dalam budaya Arab bermakna kebahagiaan. Orang gemuk adalah orang-orang yang bahagia. Saya perlu menjadi gemuKKKK. Saya suka!!! (tiada kaitan dengan besday) lalalalalalalalala~~~~

:::::::Mungkin beginilah rupa budak En. Rain Mucs dan En. Takuya Fadh sewaktu zaman kanak-kanak riang dahulu.::::::

boyazri.jpg

Hai saya Adam AF!!

boyis.jpg

Hai, saya Danny X-Factor!!

boydanish.jpg

Hai, saya Mawi Yutaka!!

boyenal2.jpg

Hai, saya.. err.. Aamir Khan!!

Advertisements
Categories: General
  1. fadh
    February 15, 2008 at 8:44 am

    oit! sama title dengan post aku je ni.

  2. February 15, 2008 at 8:47 am

    ahhh.. ko suka tiru2.. aku yang post dulu.. heh=p

  3. February 15, 2008 at 6:37 pm

    jgn gado2 k.. jgn luper hari mengundi pada 8hb Mac..

    Majulah Sukan Untuk Negara..

  4. ixora
    February 16, 2008 at 11:43 pm

    Eh,sape yg postkan entri ni? saya konpius.. huu..

  5. February 17, 2008 at 4:27 pm

    hehehhhehehe saya pun confuse tadi.

  6. February 24, 2008 at 9:20 am

    err.. lupa plak nak komen kat sini.. anyways, thanks for the wish and for this entry. semoga kau dikurniakan kebahagiaan yang dicari. aku perlu menjadi sedikit gemuk juga. btw, “adam af” itu cute~

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: