Home > General > a girl tells for mucs

a girl tells for mucs

 by a girl tells all

Sebagai seorang yang baik hati dan sopan, aku tak sanggup hampakan kawan.. Justeru, bagi menghormati jemputan mucs untuk menulis di blognya, aku sanggup menggunakan masa aku di PICC ini untuk menulis cerita-cerita sensasi lagi terkini di blog mucs neh. Gila ahhhh.. kat blog sendiri pun aku cam dah makin malas nak hapdet.

Mari bercerita tentang MUCS.. Jeng3x!!!

Mucs adalah seorang yang jiwang karat. Namun, most of the time, dia selalu menyimpan karat2nya di lokasi-lokasi yang dianggap sesuai seperti.. di dalam laci, di balik pintu dan di bawah karpet.. Sebab itulah, di blognya, dia jarang meluahkan molekul-molekul jiwangnya untuk tatapan bloggers yang lain. Kalau diperhatikan betul, kebanyakan entri2nya adalah berunsurkan cipan dan kambeng. Cipan dan Kambeng adalah metafora yang aku gunakan untuk melambangkan unsur2 lawak dan humor yang cuba dia sampaikan. Tapi kebanyakan lawak yang mucs buat adalah tidak lawak.. Serius, tak tipu!! (hahhahahahh.. mati aku kena bunuh dengan tuan punya blog nehh… hahah) Ok. Gurau… hehe

Mucs juga sedang menyukai seorang gadis. Aku pun tidak pasti dengan status sebenar hubungan mereka memandangkan seperti encik fadh, dia juga mengamalkan konsep, mari berteka-teki. Sungguh misteri mereka ini… huish.. serammm.

Pandangan aku terhadap encik mucs, owh.. aku rasa dia seorang kawan yang baik. He is willing to listen, giving useful advices n stuff.. Kesimpulannya, dia sangat baik. Baru-baru ini, aku ditimpa mode tak nak bercakap dengan orang di phone. Selama 4 hari di rumah, aku mencampakkan sahaja phone aku di dalam laci.. Kalau orang kol, aku suruh adik aku angkat n cakap aku takde. Sekarang aku bercakap dengan jujur.. (sori encik tuan punya blog) ahahah.. Mesti ada yang nak bunuh aku lepas nih.. huhuhu.. Tapi, seriyess.. time tu aku memang takde mood nak borak ngan sesape.. kalau aku angkat, mesti aku buat orang yang cakap ngan aku rasa annoyed sebab aku akan jawab macam nak tak nak.. Punca sebenar kejadian adalah aku tengah dalam proses healing.. Untuk membantu menyegerakan healing process tu, aku dilarang bercakap dengan orang-orang yang berlainan jantina daripada aku selama 5 hari 4 malam..

Walau bagaimanapun, aku telah pun melanggar pantang tersebut pada hari ini.. Dalam pukul.. hmm.. tak hengat.. aku bercakap dengan seseorang yang aku hmm.. suka. hahhaha. Siyut je aku berjiwang di blog ko ni mucs.. Soriiii…

Berbalik semula kepada Mucs, aku pun tak faham apesal la ko ni malas sangat nak hapdet blog sendiri.. siap invite n letak note “If you don’t care, just ignore this email” .. so yes, now u know I care. Aku telah menggunakan segala kesempatan menggunakan teknologi wireless untuk menghapdet blog ko nih.. Sila ucap terima kasih pada aku n sebut “Pieja budak baik…” lalalalala.

Ok now. Aku dah blank. Tak tau nak ngarut hape dah. Owh, ape kata aku request gaji untuk menghapdet blog ko nih?? Paling koman pun, aku nak keropok satu kotak dari Terengganu. No keropok, no hadiah befdeiiii… okeh?? hahahaha.. Gila keji…

Akhir kata, jangan lupa menunaikan kewajipan anda semua sebagai orang Melayu untuk turun mengundi beramai-ramai pada hari pembuangan undi nanti.. Saya tidak turun mengundi kerana saya masih budak lagii.. belum cukup umur.. hihihihihihihihihihi…

K, semoga bertemu lagi di lain episod.. Tata!!

Advertisements
Categories: General
  1. February 14, 2008 at 12:55 pm

    first of all, as requested: “Pieja budak baik…” lalalalala 😛

    yup, aku memang jiwang karat. tapi aku sedang berusaha untuk membuang karat itu. doakan aku berjaya. haha.. cipan dan kambing juga aku. aku juga menghidap satu sakit yang kronik. doakan aku berjaya mengubatinya.

    aku malas nak update blog ni atas sebab2 yang aku masih malas nak beritau. haha.. ok, nanti aku send kopok satu kotak, isyaAllah. undi? tade masa..

  2. pieja
    February 14, 2008 at 12:59 pm

    bagus. aku tunggu kopok ko. hahah..

    btw, undi adalah rahsia..

  3. fadh
    February 14, 2008 at 4:40 pm

    aahhh…ko pieja. cerita pasal undi ko bukan bole mengundi pun. hahahaha….

    sila jangan lupakan birthday aku esok.

  4. February 14, 2008 at 5:18 pm

    ni sessi kutuk mucs ni! LoL

  5. February 15, 2008 at 6:46 am

    blog bukanlah hakmilik kekal..

    salam pagi jumaat yg penoh keramat bro n agirlstellsall itteww..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: