Home > Advice > Carrefour Johor Bahru

Carrefour Johor Bahru

Untuk dijadikan iktibar dan tauladan supaya kes penculikan kanak-kanak dapat dielakkan, insyaAllah.

sekadar ingin berkongsi pengalaman dengan apa yang terjadi di carrefour johor bahru baru-baru ini. kejadian berlaku di bahagian pasar (tempat jual daging ayam ikan). seorang ibu yang terlalu leka memilih daging kehilangan seorang anak perempuan yang berumur 4 tahun. kebetulan, saya ada di sebelahnya ketika kejadian. si ibu memanggil-manggil nama anaknya berkali-kali namun anaknya tidak ada di sekitarnya.

saya minta seorang pekerja lelaki carrefour untuk membuat pengumuman di kaunter khidmat pelanggan. pekerja lelaki itu buat seperti yang diarahkan lalu meninggalkan saya di situ untuk membuat pengumuman arahan melalui telefon dalaman agar semua pintu dan pagar di kunci serta-merta dengan kod keselamatan yang telah sedia ada. dengan serentak dan pantas, semua pintu di kunci.

3 minit selepas saya meminta bantuan pekerja lelaki carrefour tadi, mereka telahpun menjumpai kanak-kanak berkenaan kurang dari 5 minit selepas itu didalam sebuah tandas di tingkat medan selera. kepala budak perempuan itu di cukur hingga botak dan dia cuma berseluar dalam di samping ada sebuah beg baju, pisau cukur dan rambut palsu untuk memastikan budak perempuan itu tidak mudah dicam. siapapun yang menculik budak perempuan ini, telah membawanya ke dalam tandas lalu mencukur kepala budak perempuan tersebut hingga botak dan cuba menukar pakaian asalnya agar tidak dapat di cam oleh waris atau sesiapapun budak itu hanya dalam masa 10 minit.bayangkan. betapa cekapnya penculik ini!

tolonglah jaga dan awasi anak atau cucu atau sesiapapun hubungan budak itu dengan anda agar perkara seperti ini tidak lagi berulang kepada kita-kita yang lain. sentiasa pastikan mereka di samping kita terutamanya di gedung-gedung pasaraya, pusat membeli belah atau di mana-mana sahaja. hanya beberapa minit sahaja, anak kita boleh hilang dari pandangan mata kita untuk selama-lamanya. seperti kisah tadi. barangkali, jika terlewat 5 minit sahaja lagi, budak perempuan tadi sudah pasti akan terlepas keluar dari pasaraya tadi dengan lelaki atau perempuan yang bertopengkan manusia itu tadi. budak perempuan tadi selamat. jutaan terima kasih kepada pekerja lelaki carrefour tadi yang bertindak dengan pantas.

saya terpaksa merahsiakan identiti pekerja lelaki tersebut untuk keselamatan beliau.

Advertisements
Categories: Advice Tags: , , ,
  1. nurnana
    October 29, 2007 at 12:36 pm

    mmg bahaya bwk dak kecik kat tempat2 yg sesak..

    aku pon penah ilang kecik2 dulu
    tapi sbb aku bijak, jumpa balik

    aku g tempat announcement,
    aku yg carik mak ayah

    x nangis pon!!
    (serius ni citer benar)

  2. October 29, 2007 at 12:59 pm

    wah, bijaknya akak ni.. bagus, bagus, bagus..
    tapi, time tu orang masih baik2 skit.. tak ramai penculik2 kanak2 macam sekarang ni.. for me, kena sentiasa pegang tangan anak2. kalau malas atau leceh, sumbat je dalam troli tu. walaupun anak dah umur 12 tahun.. hehehe.. 😛

  3. nurnana
    October 29, 2007 at 1:40 pm

    kalo amik troli plak??
    hehe..

  4. October 30, 2007 at 9:05 am

    ade dengar gak citer ni.. my housemate cerita masa tengah tengok berita kes budak india hilang baru ni..

    risau gak bila tgk fenomena yang berlaku sekarang ni kan.. yang budak2 kena culik, yang kakak budak tu.. kadang2 sengaja dibiar diri diculik.. haih.. donia.. donia..

  5. dex
    September 27, 2010 at 12:57 pm
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: