Home > Life, Tazkirah > Tazkirah Ramadhan

Tazkirah Ramadhan

September 17, 2007 Leave a comment Go to comments

Sempena Ramadhan, ada majlis tazkirah kat surau masa lunch. Tazkirah hari ni disampaikan oleh ustaz Zulkifly, bekas pensyarah di MPI, Bangi. Oo.. Zulkifly rupanya nama ustaz yang ajar ngaji tu.. Baru saya tau.. (>_<);

Ustaz Zulkifly cakap pasal solat hari ni. Antara yang dapat aku kongsi dari beliau;

  • Orang lebih minat/sanggup puasa dari solat. Walaupun puasa tu lama. Lebih kurang 12 jam berbanding dengan solat yang hanya beberapa minit.
  • Solat ni nampak je senang, tapi susah. Puasa pula, nampak susah tapi senang sebenarnya.
  • Kalau tak solat, tak guna kita berpuasa, mengerjakan haji atau umrah.
  • Amalan pertama yang akan dihisab ialah solat. Baik solat, maka baiklah amalan yang lain.

Tujuan solat:

  1. Mengingatkan identiti kita sebagai hamba kepada Allah.
    • Dijadikan dari suatu yang hina (tiada nilai) di sisi Allah.
  2. Memujuk hati melalui solat, melalui ingatan kepada Allah.
    • Mengingatkan kita bahawa segala nikmat datang dari Allah. Zahir sahaja dari manusia.
    • Jika tak dapat apa yang dihajati, mungkin nikmat diberikan kepada anak, ahli keluarga atau dalam bentuk yang lain seperti kesihatan.
  3. Dapat guna sebahagian dari masa untuk bertaubat kepada Allah.
    • Kerana manusia sehari semalam sentiasa melakukan maksiat sama ada secara sedar atau tidak.
    • Maksiat secara tidak sedar iaitu melalui pancaindera seperti mendengar sesuatu yang melalaikan.
    • Apabila berwuduq, gugurlah semua dosa kecil kecuali dosa besar.
  4. Menambah kekuatan, kemantapan akidah. Menjadi makanan rohani.
  • Kekayaan paling besar yang diberikan kepada kita ialah kesihatan.
  • Jangan layan was-was e.g ketika mengangkat takbir.
  • Sempurnakan wuduq. Akan sia-sia kita solat walaupun selama 60 tahun misalnya sekiranya wuduq tak sempurna/sah.

Esok takde tazkirah sebab Pn GG kata takde ustaz yang available. Rabu dan Khamis insyaAllah ada. Looks forward for Wednesday since ustaz Sapawi Che Mat will give the talk. Tak pernah dengar lagi ceramah dari beliau. Pn GG cakap, ustaz Sapawi beri ceramah best..

Advertisements
Categories: Life, Tazkirah Tags:
  1. September 18, 2007 at 1:30 pm

    terima kasih kerana berkongsi. selamat berpuasa.

  2. September 18, 2007 at 11:03 pm

    sama-sama. selamat berpuasa kepada anda juga..

  3. nurnana
    September 20, 2007 at 3:47 pm

    Entri yang sgt bermakna..
    Saya nk print aaa..

    nk suh sumer adik2 saya baca!

  4. September 21, 2007 at 11:18 pm

    sila, sila print..
    sebarkan ilmu yang bermanfaat

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: