Home > Tazkirah > Mencuci Hati

Mencuci Hati

September 14, 2007 Leave a comment Go to comments

Diambil dari email yang aku dapat daripada En Mokh. Bagus betul ni. Lebih-lebih lagi kalau dilakukan dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ni.

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

  1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya, Allah jadikan hatiku bersih”.
  2. Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
  3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
  4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang dan terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.
  5. Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
  6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakanlah “Aku sebenarnya ….. (perkara yang elok-elok belaka).
  7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.
  8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
  9. Cuba ingat tentang mati – Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa.
  10. Kekalkan wuduk.
  11. Bersedekah.
  12. Belanja orang makan.
  13. Jaga makanan – Jangan makan makanan yang subhat.
  14. Berkawan dengan ulama.
  15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
  16. Pesan pada orang, jadi baik.
  17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut, dsb) – Jangan dengar orang mengumpat.
Advertisements
Categories: Tazkirah
  1. September 16, 2007 at 12:29 am

    maaf bertanya; makanan subhat tu mknn x halal ke? tq.

  2. September 16, 2007 at 1:21 am

    Makanan subhat atau subhah tu makanan yang diragukan kesucian atau sumbernya. Boleh jadi halal atau tak halal. Atau kita tak pasti dari mana datangnya atau macam mana proses pembuatannya. Contohnya, macam kita beli coklat dari luar negara. Kita baca kat label takde apa-apa bahan yang kita kenalpasti tak halal, tapi takde pula tanda halal dari mana-mana badan halal. Kita was-was. So, makanan macam tu dikira subhat la. Ada sikit was-was je dah jadi subhat. Wallahu’alam.

    Makanan yang dibuat dalam negara ni pun banyak yang subhat sebenarnya. Kalau bole, elakkan dari beli makanan2 yang diproses ni. Atau pilih dari pembuat yang Islam sahaja. Selain dari Islam, walau ada tanda Halal Jakim sekalipun, bukannya bole percaya sangat..

    Dengan mengelakkan dari makan makanan yang subhat, secara tak langsung kita terselamat dari termakan makanan yang tak halal, insyaAllah.

  3. nurnana
    September 16, 2007 at 11:41 am

    🙂

  4. September 16, 2007 at 11:55 am

    terima kasih atas penerangan anda~!!
    (sgt membantu menambahkan ilmu sy yg cetek ini)

  5. tinatakeshi
    September 16, 2007 at 1:19 pm

    saye sangat tabik spring dengan email yang dihantar oleh En.Mokh ni..sangat lah byk info nyer..Alhamdulillah..Tina belajar menda baru harini..=) tabik spring..”toinggg!!!”

  6. September 16, 2007 at 2:20 pm

    ixora: sama-sama.. kita sama2 belajar.. life is a never-ending learning process..

    tina: saya pun tabik spring juga.. no. 7 dan 6 tu bole dgabungkan dan diguna untuk perkara2 yang lain juga. it’s called autosuggestion. katakan pada diri sendiri apa yang anda nak jadi sebelum tidur. eg. “i’m gettiing more and more confident to talk in public”. repeat at least 3 times.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: