Salam Muhibbah

Isk. Dah lama tak jenguk wordpress. Rasa aneh plak nak menaip. Oleh itu, lain kalilah saya kembali lagi. Kuakuakua. Sungguh tidak bermotif.

 

By the way, Echah.. if u happen to read this. Kak Nor Rashidah now jadi bos saya. Beliau sungguh gila2 dan asyik gelak 24 jam. Bilik beliau juga ibarat 7-eleven. Saya sungguh suka kerana selalu masuk bilik beliau dalam keadaan lapar dan keluar dalam keadaan kenyang. Selain itu, beliau juga suka memayung orang. Oh. Heaven. Saya harap saya akan terus dapat bos secharming itu di masa-masa akan datang.

 

Insyaallah.. hehe!~

Categories: Uncategorized

Michael Jackson’s Funeral

Julai 6, 2009 mucs Tinggalkan komen

Katanya esok (7th July) Michael Jackson akan dikebumikan. Kalau ikut cakap TV3, ikut cara Islam. Kalau betul, alhamdulillah. Jenazah tu dah patut sangat dikebumikan. Dah lama sangat. Lebih seminggu. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Media2 utama barat tak mengesahkan pengislaman Michael Jackson. Mungkin mereka nak sorokkan sebab takut ramai yang terpengaruh. Ye la, kan beliau world icon.. Agaknya la..  :) Memang beliau tak pernah mengesahkan laporan akhbar2 tabloid tu, tapi tu tak penting. Cukuplah kalau beliau dah sempat ucap syahadah semasa hayat beliau. At least dah ada tiket untuk masuk syurga, insyaAllah. Allah swt maha pengasih.

Anyway, saya bukan peminat setia Michael Jackson. Tapi masa kecik2 dulu (hehe), masa sekolah rendah rasanya. Tiba2 saya dapati kaset album Dangerous ada kat rumah saya. Tak pasti pula datang dari mana atau siapa la yang rajinnya pergi beli kaset tu. Tapi mungkin sebab masa tu simple minded je, so tak fikir banyak2. Benda dah ada, gunakan je la.. Sekali cuba, best la pula.. Terbaik!!

Hampir semua lagu2 dalam album tu best. Lagu Will You Be There memang dah tangkap cintan sebelum tu sebab cite Free Willy. Black or White & Give In to Me pula sebab featuring Slash (ceh, masa tu tak tau pun kot..). So, selalu juga la lagu2 arwah tu mengiringi tido2 malam. Pendek kata, memang tak nyesal la kalau beli. Kalau dapat free (macam saya) lagi la tak nyesal kan? So, memang terbaik la..!! ;)

Jacko + Slash? Terbaik2..

Dear Blog

Julai 1, 2009 mucs 11 comments

Dear Blog,

I’m sorry, I turned my back on you.

sorry_sad_kitty_face1

Your’s truly,

Blog owner

(^_^);

Categories: Blogroll, General, Life

Menjauh

Mac 24, 2009 نورنانا 5 comments

Salam buat semua,

Sejak kebelakangan ni, saya sering mengalami sakit kepala. Rasa berdenyut-denyut di bahagian dahi dan tengkuk. Bila lama saya mengadap komputer, rasa sakit tu makin menjadi-jadi.

Emosi saya pun semakin teruk jadinya. Entah mengapa, setiap pertuturan kawan-kawan, pasti menjadi sesuatu yang  bermakna pada diri ini. Tiba-tiba saya menjadi seorang yang sangat sensitif.

merajuk1

Dua tiga hari ini, saya memilih untuk mendiamkan diri. Mungkin ini yang terbaik buat masa ini.

Doakan saya supaya berada dalam keadaan yang baik-baik aje.

Salam dari,

nurnana

Categories: Life

Bukan Agong je yang kecewa

Februari 17, 2009 aishah 3 comments

PERKAUMAN

Kerajaan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba memecahbelahkan rakyat demi memastikan keharmonian kaum dan keamanan negara dikekalkan.

AGAMA ISLAM

Mengingatkan semua pihak supaya menghormati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan di samping agama lain bebas diamalkan, dan tidak mempersoalkannya.

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Kesepakatan dihormati dan tidak ada sebarang percubaan untuk mewujudkan undang-undang lain yang bertentangan dengan keluhuran Perlembagaan Persekutuan.

FITNAH DAN BERITA PALSU

Rakyat hendaklah berhati-hati dan bijak menilai maklumat yang tersebar.

SIKAP AHLI PARLIMEN

Amat sedih perilaku tidak sepatutnya di kalangan Ahli Parlimen pada sesi lalu yang memberi imej negatif. Semua Ahli Parlimen hendaklah sentiasa mematuhi dan menghormati peraturan Dewan.

sumber dari utusan. 

Aku pun kecewa.

Categories: Uncategorized

Dia dan Rotan

Februari 11, 2009 نورنانا 6 comments

Kebelakangan ini saya menjadi seorang yang pemarah. Entah kenapa, makin lama makin teruk jadinya. Terbaru, saya marah adik ke-7 saya hingga tahap rotan-merotan.

Hanya kerana saya geram, mengajar pelajaran Prinsip Akaun hampir sebulan, satu apa pun tak masuk ke kepala otak nya.

Akhirnya, rotan hinggap ke tubuhnya. Berbirat-birat. Sudahlah tak masuk ajar, menjawab pula. Akhirnya saya tinggalkan dia tanpa apa progress apa-apa.

“Jangan melawan kakak tu,” kata Mak.

“Akaun tu, subjek kegemaran arwah ayah,” sambung mak lagik.

Senyap.

Senyap.

Selepas beberapa minit…

“Kak Nana, ajarlah semula. Am tak faham.”

Saya lemah. Saya mula mengajar. Dari mula. Tak ingat yang saya dah birat-biratkan lengan, peha dan betisnya.

Dan selepas 2 jam,..

“Haaa.. baru faham. Oklah, nak tidur.”

Tak tahu dia betul-betul faham atau tak. Tapi, pagi tadi, saya cek kerja sekolah Am. Semuanya betul. Alhamdulillah.

Saya rasa, dia lemah bila mak cakap pasal arwah ayah.

Tapi itulah, dia lah adik lelaki yang paling arwah ayah beri perhatian dulu. Harap-harap terbuka hatinya nak belajar dengan ikhlas.

Dan saya mungkin terlalu keras. Saya pun perlu berubah. Harap-harap lah.

Categories: Uncategorized

Patri-Jinbara

Januari 23, 2009 aishah 2 comments

Patri – Jinbara

Andai hati ini sang kecapi
perasaan jadi talinya
engkau memetik jari jemari
berlagu irama duka dan lara

Andai tubuh ini boneka
nalurinya benang sutera
engkau dalang mengawalnya
ketimur keutara kemana jua
aku hanya menuruti
mengikut apa saja hukuman

Andai diri ini taman tasik
sang kirana pula jiwa raganya
engkau menjaring dengan senyuman
dan mengurungkannya dari segala
namun diri ini insani
pasti ada kemahuannya

Kerna aku terpanah arjuna
sedikitpun tidakku menyesali ooo
aku rela ditawanan
aku rela terpatri cinta suci
aku rela ditawanan
aku rela terpatri cinta suci….ooo..oo

Liriknya puitis sekali.
:)

Dengar di sini :

Categories: Entertainment

Hello..hello..

Januari 5, 2009 نورنانا 8 comments

Bila kali terakhir kamu menggunakan telefon awam?

Kan sekarang ni kita boleh katakan, semua orang dah ada telefon bimbit yang semakin canggih-manggih. Maka nya, telefon awampun kurang digemari, tetapi masih dicemari, bukan?

Dulu masa zaman saya belajar kat U pun, penggunaan handphone masih lagik minoriti di kalangan pelajar U. Jadiknya, nak telefon mak, ehem-ehem dan kawan-kawan pun, masih jugak kita carik public phone.

Dan makcik ko-op kolej sangatlah bengang bila kita nak tukar duit syiling. Selalu jugak kita di halau dari kedai-kedai runcit kalau kita nak tukar duit syiling bebanyak.

Kadang-kadang tu, bila beli barang, dapat duit tukaran syiling, simpan sebab nak guna buat telefon.

public-phone

Sekarang? Public phone kat Malaysia ni dah jadik tempat tampal iklan aje lah gamaknya. Gagang telepon pun kadang ada, kadang takde. Dan tempat syiling tu mesti dah ditebuk tupai dah. Eh, tubai leh tebuk ke public phone?

Sekarang, agak-agak kalau korang terpaksa guna public phone, korang ingat ke cara-cara nak mendail, nak memasukkan duit (yang ni lebih kurang masuk duit parking gak kan) dan dan tekan F.O.C? Ke, korang memang dah tak ingat yang dulu-dulu korang guna public phone?

Hehe..terkenang pulak!

p.s: Saya guna public phone tadik, sebab terlupa bawak handphone, ketika saya sesat di Tesco, bersama rakan. Bila dah biasa guna handphone, makanya nombor tepon kawan saya tu dah tentulah lupa. Tak pernah ingat pun. Nasib baik lah saya ingat nombor telefon kawan saya sorang lagik. Nasib baik saya tak hilang!!!

Categories: General

Mampukah

Disember 1, 2008 aishah 8 comments

Masih juga terfikir
Kalau diri jadi terpinggir
Oleh dia yang selalunya hadir
Dalam senang ataupun getir

Akankah dapat hati menahan
Rasa duka yang pasti terbeban
Kuatkah kaki terus berjalan
Akan kelamkah nanti laluan

Hati yang kecil selalu berharap
Moga harapan tidak kan ranap
Membuat jiwa menjadi penat
Andai harapan berkecai lenyap

Kiranya aku selalu menganggap
Bahawa aku ini orangnya kuat
Walau hati selalu bergolak
Kukuatkan hati kusuntik semangat

Moga hari-hari yang pasti
Membawa bahagia datang kembali
Membangkitkan lagi hati naluri
Menarik nafas, bangkit berdiri.

:)

Categories: General, Life

Dilema

November 28, 2008 نورنانا 14 comments

Salam..

Lama tak membebel di sini. Eh, tadi, saya jalan-jalan carik lagu, saya jumpa lagu ini. Di dalam dilema oleh kumpulan KRU. Rindu betul nak dengar lagu-lagu lama KRU.

Oh ya, ada beberapa kawan yang sudah bosan berblogging. Sedangkan mereka adalah blogger yang hasil penulisannya bagus juga. Banyak peminat dan saya adalah salah seorang dari peminat dan pembaca blog mereka.

Mungkin mood berblogging pun ikut musim. Masa semua orang nak mula berblog, ramai la turut berblog. Sebab ia seronok, dan terasa macam dapat ramai kawan, walaupun secara maya.

Bila dah bosan, semua bosan secara berjemaah juga. Dan berhenti ramai-ramai. Tak kurang juga ramai yang mula pindah domain lain.

Atau mungkin juga writer’s block?

Tapi, saya faham. Saya juga banyak kali terfikir nak quit saje. Hantar surat resign (ntah pada sape, pada WordPress barang kali..) dan tak perlu menulis lagi. Tapi, macam sayang sangat. Sayang sebab dah banyak sangat saya dah menulis. Dah banyak sangat yang saya bebelkan.

Mungkin banyak juga saya kumpul dosa di sini. Mengutuk orang, memerli orang dan komen-komen tabiat manusia di sekeliling. Kamu baca, dan turut bersama membincangkan topik-topik hangat harian. Hihi. Maaflah, walaupun itu bukan tujuan sebenarnya saya berada di sini, tapi kadang-kadang saya buat juga.

Mungkin pada kawan-kawan yang nak berhenti berblog, dah bosan dengan pembaca. Pembaca yang banyak kutuk dari menyokong mereka. Atau terasa tidak selamat lagi. Aktiviti harian semakin dihidu kawan-kawan sepejabat.

Apa pun alasan kamu yang semakin bosan berblog, ia terserah pada kamu. Kalau kamu hanya perlu rehat buat seketika, dari dunia blogging ini, kamu rehat lah. Ambil masa sebanyak mana yang kamu perlu.

Ini hak kamu, saya faham.

Atau mungkin, jadikan blog kamu privasi. Jadi, peminat dan pembaca kamu masih boleh cari kamu dan berkongsi kegembiraan dan kesedihanmu.

Kan?

Categories: Life