Arkib

Arkib Pengarang

Salam Lebaran

September 15, 2009 نورنانا 8 comments

Salam adik-adik,

Rasanya lama betul tak menulis kat sini. Sejak-sejak bizi dengan kerja dan tugas pun makin bertambah, memang Kak Nana melawat saja tanpa menulis di sini.

Tup tup dah nak raya dah. Kejap je.

Kak Nana tak sure raya tahun ni macam mana sebab this is the first year Kak Nana akan beraya tanpa Ayah. Sedangkan melalui Ramadhan kali ini terasa sungguh kehibaannya, apa tah lagi Aidilfitri yang kurang seminggu je ni.

Doakan yang baik-baik je buat Kak Nana sekeluarga.
Dan Kak Nana mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat keterlanjuran kata atau perbuatan yang Kak Nana lakukan secara sedar/ tak sedar, sengaja atau tidak sengaja pada semua yang kenal Kak Nana.

ketupat daun palas

Mucs, terima kasih kerana bagi peluang Kak Nana menulis di sini. Mengenali awak aje dah buat Kak Nana gembira dan bersyukur kerana ada kawan sebaik awak.

Mucs, Fadh, Aishah, LydiaRayyan, Dila dan Pieja, Salam Aidilfitri dan mohon ampun segala salah silap yang Kak Nana sengaja/ tak sengaja lakukan. Semoga hari raya tahun ini dapat mempertemukan kita, Insya Allah.

Jemputlah datang ke rumah.

Untuk semua pembaca Phyxseus, terima kasih buat semua sokongan yang anda berikan buat kami.

Assalamualaikum..

Salam sayang,
Nurnana

Categories: News

Menjauh

Mac 24, 2009 نورنانا 5 comments

Salam buat semua,

Sejak kebelakangan ni, saya sering mengalami sakit kepala. Rasa berdenyut-denyut di bahagian dahi dan tengkuk. Bila lama saya mengadap komputer, rasa sakit tu makin menjadi-jadi.

Emosi saya pun semakin teruk jadinya. Entah mengapa, setiap pertuturan kawan-kawan, pasti menjadi sesuatu yang  bermakna pada diri ini. Tiba-tiba saya menjadi seorang yang sangat sensitif.

merajuk1

Dua tiga hari ini, saya memilih untuk mendiamkan diri. Mungkin ini yang terbaik buat masa ini.

Doakan saya supaya berada dalam keadaan yang baik-baik aje.

Salam dari,

nurnana

Categories: Life

Dia dan Rotan

Februari 11, 2009 نورنانا 6 comments

Kebelakangan ini saya menjadi seorang yang pemarah. Entah kenapa, makin lama makin teruk jadinya. Terbaru, saya marah adik ke-7 saya hingga tahap rotan-merotan.

Hanya kerana saya geram, mengajar pelajaran Prinsip Akaun hampir sebulan, satu apa pun tak masuk ke kepala otak nya.

Akhirnya, rotan hinggap ke tubuhnya. Berbirat-birat. Sudahlah tak masuk ajar, menjawab pula. Akhirnya saya tinggalkan dia tanpa apa progress apa-apa.

“Jangan melawan kakak tu,” kata Mak.

“Akaun tu, subjek kegemaran arwah ayah,” sambung mak lagik.

Senyap.

Senyap.

Selepas beberapa minit…

“Kak Nana, ajarlah semula. Am tak faham.”

Saya lemah. Saya mula mengajar. Dari mula. Tak ingat yang saya dah birat-biratkan lengan, peha dan betisnya.

Dan selepas 2 jam,..

“Haaa.. baru faham. Oklah, nak tidur.”

Tak tahu dia betul-betul faham atau tak. Tapi, pagi tadi, saya cek kerja sekolah Am. Semuanya betul. Alhamdulillah.

Saya rasa, dia lemah bila mak cakap pasal arwah ayah.

Tapi itulah, dia lah adik lelaki yang paling arwah ayah beri perhatian dulu. Harap-harap terbuka hatinya nak belajar dengan ikhlas.

Dan saya mungkin terlalu keras. Saya pun perlu berubah. Harap-harap lah.

Categories: Uncategorized

Hello..hello..

Januari 5, 2009 نورنانا 8 comments

Bila kali terakhir kamu menggunakan telefon awam?

Kan sekarang ni kita boleh katakan, semua orang dah ada telefon bimbit yang semakin canggih-manggih. Maka nya, telefon awampun kurang digemari, tetapi masih dicemari, bukan?

Dulu masa zaman saya belajar kat U pun, penggunaan handphone masih lagik minoriti di kalangan pelajar U. Jadiknya, nak telefon mak, ehem-ehem dan kawan-kawan pun, masih jugak kita carik public phone.

Dan makcik ko-op kolej sangatlah bengang bila kita nak tukar duit syiling. Selalu jugak kita di halau dari kedai-kedai runcit kalau kita nak tukar duit syiling bebanyak.

Kadang-kadang tu, bila beli barang, dapat duit tukaran syiling, simpan sebab nak guna buat telefon.

public-phone

Sekarang? Public phone kat Malaysia ni dah jadik tempat tampal iklan aje lah gamaknya. Gagang telepon pun kadang ada, kadang takde. Dan tempat syiling tu mesti dah ditebuk tupai dah. Eh, tubai leh tebuk ke public phone?

Sekarang, agak-agak kalau korang terpaksa guna public phone, korang ingat ke cara-cara nak mendail, nak memasukkan duit (yang ni lebih kurang masuk duit parking gak kan) dan dan tekan F.O.C? Ke, korang memang dah tak ingat yang dulu-dulu korang guna public phone?

Hehe..terkenang pulak!

p.s: Saya guna public phone tadik, sebab terlupa bawak handphone, ketika saya sesat di Tesco, bersama rakan. Bila dah biasa guna handphone, makanya nombor tepon kawan saya tu dah tentulah lupa. Tak pernah ingat pun. Nasib baik lah saya ingat nombor telefon kawan saya sorang lagik. Nasib baik saya tak hilang!!!

Categories: General

Dilema

November 28, 2008 نورنانا 14 comments

Salam..

Lama tak membebel di sini. Eh, tadi, saya jalan-jalan carik lagu, saya jumpa lagu ini. Di dalam dilema oleh kumpulan KRU. Rindu betul nak dengar lagu-lagu lama KRU.

Oh ya, ada beberapa kawan yang sudah bosan berblogging. Sedangkan mereka adalah blogger yang hasil penulisannya bagus juga. Banyak peminat dan saya adalah salah seorang dari peminat dan pembaca blog mereka.

Mungkin mood berblogging pun ikut musim. Masa semua orang nak mula berblog, ramai la turut berblog. Sebab ia seronok, dan terasa macam dapat ramai kawan, walaupun secara maya.

Bila dah bosan, semua bosan secara berjemaah juga. Dan berhenti ramai-ramai. Tak kurang juga ramai yang mula pindah domain lain.

Atau mungkin juga writer’s block?

Tapi, saya faham. Saya juga banyak kali terfikir nak quit saje. Hantar surat resign (ntah pada sape, pada WordPress barang kali..) dan tak perlu menulis lagi. Tapi, macam sayang sangat. Sayang sebab dah banyak sangat saya dah menulis. Dah banyak sangat yang saya bebelkan.

Mungkin banyak juga saya kumpul dosa di sini. Mengutuk orang, memerli orang dan komen-komen tabiat manusia di sekeliling. Kamu baca, dan turut bersama membincangkan topik-topik hangat harian. Hihi. Maaflah, walaupun itu bukan tujuan sebenarnya saya berada di sini, tapi kadang-kadang saya buat juga.

Mungkin pada kawan-kawan yang nak berhenti berblog, dah bosan dengan pembaca. Pembaca yang banyak kutuk dari menyokong mereka. Atau terasa tidak selamat lagi. Aktiviti harian semakin dihidu kawan-kawan sepejabat.

Apa pun alasan kamu yang semakin bosan berblog, ia terserah pada kamu. Kalau kamu hanya perlu rehat buat seketika, dari dunia blogging ini, kamu rehat lah. Ambil masa sebanyak mana yang kamu perlu.

Ini hak kamu, saya faham.

Atau mungkin, jadikan blog kamu privasi. Jadi, peminat dan pembaca kamu masih boleh cari kamu dan berkongsi kegembiraan dan kesedihanmu.

Kan?

Categories: Life

Kuda ku lari gagah berani?

November 26, 2008 نورنانا 7 comments

Aku berlari

Apa kau fikir aku sedang mengejarmu?

-

Aku berlari

Apa kau fikir aku sedang mengekorimu?

-

Aku berlari

Mengejar impian

-

Aku berlari

Mengejar mimpi-mimpi ku

-

Aku harap

Aku kan terus berlari

Berlari tanpa henti

Sehingga aku tak mampu berlari lagi

Selagi aku bisa berlari

Mungkin hingga mata tertutup rapat, nadi terhenti

-

نورنانا

24 Nov 2008

22.59, Ampang

Categories: Life

Salam Aidilfitri

Oktober 6, 2008 نورنانا 14 comments

Antara kiriman SMS menarik Aidilfitri tahun ini. (Kad raya dah kurang dah orang kirim..)

Biar renggang di fana DUNIA, Biar hina di mata MANUSIA, Biar semangat semakin TUA, Biar harta semakin TIADA, Biar akal semakin BERUSIA, Biar jauh KEDUDUKAN kita, Biar jurang PANGKAT kita, Jangan TERGADAI silatulrahim antara kita

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin..

Lepas ni mesti semua orang sibuk dengan open house.

Open house= rumah terbuka

Saya tak berapa nak gemar open-open house ni. Saya suka lagik tradisi lama, beraya macam biasa. Berkunjung dari rumah ke rumah. Tanya-tanya khabar. Bermaafan seikhlas hati. Sebab kalau open house ni, selalunya tuan rumah tak layan kita. Paling hebat pun, sesi amik gambar je. Kekadang tu, takde pun, langsung takde kenangan.

Pastu, makanan yang tuan rumah sediakan masa open house, semua sama. Soto, spaghetti, lemang, dan nasik impit kuah kacang. Hohoho… biase nye laaa…

Raya tahun ni, saya tak jumpa lagik lemang, ketupat pat segi pun tak dapat. Ketupat daun palas jauh sekalik. Hihihi… Kesian saya.

Seri raya dah semakin hilang. Ye kan?

Categories: General

T.e.r.i.m.a k.a.s.i.h

Salam,

Sahabat/ Kawan/ Teman: Satu istilah yang kita amat perlukan dalam hidup.

Persahabatan dalam Wikipedia bermaksud istilah yang menggambarkan perilaku kerja sama dan saling mendukung antara dua atau lebih entiti sosial. Maksudnya kejujuran dan kesefahaman adalah penguat kepada perhubungan ini.

Kita juga perlu;

memahami mereka supaya mereka menghargai dan memahami kita kembali,

menyokong mereka supaya rasa disayangi dan menyokong kita kembali,

menanya khabar berita mereka supaya mereka sentiasa rasa diperlukan..

Baru-baru ini, di saat saya dilanda masalah, saya rasa kawan-kawan banyak membantu saya. Terima kasih atas semua pertolongan. Semoga hidup kawan-kawan dirahmati Allah sentiasa. Terima kasih.

True friends- by Mrs Reynolds

True friends are always here
When the tears are falling
Then they are always near
They always here you calling
Friends help you with your issues
And when you watch sad things
They always have the tissues
They are like angels with the wings
So many memories you both share
When you are down and sad
They are always there and care
To have them you are glad
You always have so much fun
You remember when you use to play
They are always number one
And true friends always stay

P/S: Saya tak pandai berbicara dan bersajak. Saya dapat poem ini di sini.

Categories: General, Life

Happy-happy-birthday..!!!

Julai 16, 2008 نورنانا 8 comments

Hari ini, seorang dari penulis di mineworks, telah meningkat usianya…

Semoga rezeki beliau mencurah-curah..

Semoga beliau dikurniakan bahagia dan sentiasa dilindungi Allah..

Semoga beliau dikurniakan kesihatan dan dapat menulis di sini selalu…

Selamat Hari Lahir, cik Aishah..

Categories: General

Lempeng, anyone?

Citer pasal harga barang naik, minyak naik dan gaji tak naik-naik ni, memang sangat dirasai semua pihak. Sumer orang dok mengomel pasal benda yang sama… Awal minggu yang lalu, masa saya ada appointment kat Jalan TAR, KL.. saya nampak jalan lengang.. kereta pun tak banyak.. Padahal masa tu waktu lunch..

Semua orang mungkin dah bawak bekal.. tak gi keluar makan kat kedai kot. Ye lah, kan itu satu langkah berjimat cermat.. bagus…bagus…

Bukan orang yang berkerjaya saja dah fikir nak berjimat, nak bawak bekal, nak berkongsi kereta,..budak-budak sekolah pun turut terasa tempias nya.

Kalau dulu, nampak banyak bas sekolah, van yang bawak budak sekolah, sangat padat, tapi sekarang.. van, bas sekolah dah makin lengang. Mak bapak antar anak sebelum kerja.. Sehala kan dari perjalanan nak pergi ke tempat kerja.. lebih senang.. Mungkin anak-anak mereka naik bas sekolah, waktu balik sahaja… (Boleh ke? Bayar separuh je la kan??)

Adik saya pun dah bawak bekal.. adik lelaki tu.. Mula-mula dia nak mintak duit belanja lebih.. memang ayah saya dah bagi tambahan seringgit menjadikkan 3 ringgit.. tapi, still dia nak bawak bekal..

Ye lah, barang makanan pun semakin mahal dan kuantiti pun semakin berkurang..

Lepas ni, makan lempeng je la…

** mana nak, nak lempeng ke, nak lempang?

*** pic yang hebat ini di ambil di sini

**** singgah ke blog saya, di sini

Categories: General, Life