Archive

Archive for August, 2010

Sekilo

August 31, 2010 6 comments

Mungkin sebab HSE Day tahun ni diadakan hampir dengan bulan puasa, salah satu aturcara program ialah kuliah Zohor. Kuliah tu pasal puasa dan sains. Saya datang hampir di hujung kuliah, tapi alhamdulillah, sempat juga dengar beberapa isi penting.

Antaranya, ustaz tu cakap, lepas bulan puasa nanti sepatutnya berat badan kita kurang sekurang-kurangnya 2 kilogram. Paling teruk pun 1 kilo. Siapa yang tak kurang walau sekilo, maknanya dia belum betul-betul puasa lagi. There’s something wrong with the puasa.

Ustaz juga ada kongsi satu hadis yang antara lain bermaksud: “Orang yang paling banyak kenyang di dunia, akan paling lama berlapar di akhirat“. So renung-renungkanlah. Saya tak nak lama berlapar di akhirat sebab di dunia yang sekejap ni pun tak tahan berlapar. Apa lagi di akhirat yang dengar kata, satu hari bersamaan seribu tahun..

Anyways, puasa tinggal 9 hari je lagi ni. Sempat lagi kot nak turun sekilo.. :D

Last 10

August 31, 2010 5 comments

10 Ramadhan terakhir ni kalau bole nk:

  • solat Isyak & Subuh kat surau
  • terawih kat surau
  • tido lebih awal (12:00am tak cukup awal)
  • bangun lebih awal (5:00am tak cukup awal)
  • pendekkan masa sahur (supaya dpt solat sunat lebih skit)
  • amalkan adab² tido

p/s: entri ni utk diri sendiri :p

Categories: Life

Why

August 24, 2010 8 comments

I almost forget how it feels to blog.
Actually, I want to write but why it has to consume too much time?
Have I lost the touch?
Err, do I have any in the first place? (>_<)

Categories: Life Tags:

Seriously, jom?!

Dulu, di wordpress inilah tempat aku mengenali rakan-rakan baru dan lama seperti Nana, Aishah, lydiarayyan, Dilanun (merangkap ex-coursemate), Mucs (yang tak pernah kenal masa sama2 di UTM) dan Fadh (ni pun serupa tak berapa kenal). Sepanjang kat wordpress ni banyak juga kenangan suka-duka yang telah terbina.. dan ada juga yang dah aku ingat-ingat lupa. Paling penting, aku rasa di antara kita semua, akulah yang tak pernah nak join mana-mana event terutamanya majlis-majlis yang dijemput oleh Cik Nana (yang rajin sangat buat aktiviti makan-makan), bukan sebab tak sudi tetapi kerana masalah buta Geografi yang aku hadapi. Iyer, aku tak tahu sangat selok-belok jalan kat KL nih. So, hmm.. faham-faham je lah.

Jadi, hmm.. sempena Ramadhan ni, takde ke plan nak buat aktiviti berbuka puasa bersama-sama? Cadangan tempat? Tentulah Putrajaya! Oh, agak bias di situ.. hehe.

But seriously, jom? ^_^

Categories: Uncategorized
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.