Dia dan Rotan
Kebelakangan ini saya menjadi seorang yang pemarah. Entah kenapa, makin lama makin teruk jadinya. Terbaru, saya marah adik ke-7 saya hingga tahap rotan-merotan.
Hanya kerana saya geram, mengajar pelajaran Prinsip Akaun hampir sebulan, satu apa pun tak masuk ke kepala otak nya.
Akhirnya, rotan hinggap ke tubuhnya. Berbirat-birat. Sudahlah tak masuk ajar, menjawab pula. Akhirnya saya tinggalkan dia tanpa apa progress apa-apa.
“Jangan melawan kakak tu,” kata Mak.
“Akaun tu, subjek kegemaran arwah ayah,” sambung mak lagik.
Senyap.
Senyap.
Selepas beberapa minit…
“Kak Nana, ajarlah semula. Am tak faham.”
Saya lemah. Saya mula mengajar. Dari mula. Tak ingat yang saya dah birat-biratkan lengan, peha dan betisnya.
Dan selepas 2 jam,..
“Haaa.. baru faham. Oklah, nak tidur.”
Tak tahu dia betul-betul faham atau tak. Tapi, pagi tadi, saya cek kerja sekolah Am. Semuanya betul. Alhamdulillah.
Saya rasa, dia lemah bila mak cakap pasal arwah ayah.
Tapi itulah, dia lah adik lelaki yang paling arwah ayah beri perhatian dulu. Harap-harap terbuka hatinya nak belajar dengan ikhlas.
Dan saya mungkin terlalu keras. Saya pun perlu berubah. Harap-harap lah.
saya x pernah ajar adik saya belajar. huhu. sbb beza pun setahun aje.
hopefully adik nana x bosan nak belajar.
errr… saya pun cepat marah skang nie. huhu…
saya pun garang kalau ngan adik. selalu je adik saya menitiskan air mata. saya memang garang lah.
oh, saya ni sebenarnya mmg garang.
garang byk, bukan garang sikit.
mungkin masanya untuk berlembut…
Lelaki juga punya rasa sensitif.hehe
salam perkenalan
ye, mak saya pun ckp gitu.
ok, saya salah.
sob sob sob.
at least am ade gak rse nak belajar…
man??? hm…. bile ntah