Mampukah
Masih juga terfikir
Kalau diri jadi terpinggir
Oleh dia yang selalunya hadir
Dalam senang ataupun getirAkankah dapat hati menahan
Rasa duka yang pasti terbeban
Kuatkah kaki terus berjalan
Akan kelamkah nanti laluanHati yang kecil selalu berharap
Moga harapan tidak kan ranap
Membuat jiwa menjadi penat
Andai harapan berkecai lenyapKiranya aku selalu menganggap
Bahawa aku ini orangnya kuat
Walau hati selalu bergolak
Kukuatkan hati kusuntik semangatMoga hari-hari yang pasti
Membawa bahagia datang kembali
Membangkitkan lagi hati naluri
Menarik nafas, bangkit berdiri.
fuyooo.. ni sajak ke syair ke pantun ke..
ni macam sejenis puisi, tapi aku tak tau duk dalam grup mana…sajak pun bleh kut. yang pasti bukan pantun la…
best tak lanun…
Aku tahu kau mampu berdikari
Aku yakin kau kan tetap berdiri
Lupakan kenangan lalu
Lenyapkan harapan palsu
Bangkitlah dari rebah
Semoga hidup mu kan bisa berubah
Jalani hidup baru, langkah perlu berhati-hati
Sentiasa waspada kanan dan kiri
Berjalanlah mengikut naluri
Terus melangkah, jangan berhenti
wah, korang ni pandai la bersajak2..
anway aishah, of course you could.
mucs, thanks. thanks.
(kak nana, bila kita nak gi kacau mucs kat trengganu nih….)
aishah: no prob.. nak kacau? haha..
nana: sampai bulan 6, insyaAllah.
knizam: lama dah tak update sini.. haha..
kau berapa lama lagik kat tganu tu mus?
lama dah tak singgah sini. hehe