Arkib

Archive for Disember 2008

Mampukah

Disember 1, 2008 aishah 8 comments

Masih juga terfikir
Kalau diri jadi terpinggir
Oleh dia yang selalunya hadir
Dalam senang ataupun getir

Akankah dapat hati menahan
Rasa duka yang pasti terbeban
Kuatkah kaki terus berjalan
Akan kelamkah nanti laluan

Hati yang kecil selalu berharap
Moga harapan tidak kan ranap
Membuat jiwa menjadi penat
Andai harapan berkecai lenyap

Kiranya aku selalu menganggap
Bahawa aku ini orangnya kuat
Walau hati selalu bergolak
Kukuatkan hati kusuntik semangat

Moga hari-hari yang pasti
Membawa bahagia datang kembali
Membangkitkan lagi hati naluri
Menarik nafas, bangkit berdiri.

:)

Categories: General, Life