C.I.N.T.A KAH?
Sebenarnya post ni dah lama dah. Tapi aku segan nak share. *aku kan pemalu* haha…Apa pendapat korang?
Cinta kah, kalau bila kita tengok dia senyum, kita rasa bahagia? Tak, itu gila…Cinta kah, kalau kita teringat kat dia selalu…tak, itu rindu.. Cinta kah, kalau dia sedih, kita pun rasa sedih? Tak, itu empati…Cinta kah, kalau dia sakit, kita pun risau? Tak, itu ambil berat…
Jadi, macam mana baru cinta? Bagaimana kita nak tafsirkan cinta? Terukkan? Ungkapan cinta sangat mudah diucapkan. Sedangkan dalam hati, makna cinta pun kita tak jelas. Tapi orang kata cinta tak perlukan pemahaman yang jelas. Cinta akan dirasa bila kita merasakannya. Pengalaman rasa dicinta, mencinta sendiri sukar dijelaskan dengan kata-kata. Rasa cinta hanya dirasa oleh orang yang bertuah. Jadi bertuahlah bila pernah merasa cinta. Lagi bertuah jika sedang dilamun cinta.
Bertuahkan bila dicinta? Mungkin. Mungkin juga tidak. Bergantung pada pendapat masing-masing. Mungkin bahagia bila cinta mendapat restu. Mungkin tidak bila cinta dihujani pelbagai dugaan. Tapi kata orang, bila bercinta, tidak akan ada perkara lain yang dapat menghalang. Hati akan kuat menerima apa saja dugaan, asalkan ada cinta di sisi. Betul? Entah.
Bagaimana wujud cinta kalau cinta belum berbalas? Bukankah cinta wujud hanya bila dua jiwa merasakan perasaan yang sama? Bukan begitu? Apakah tanda perasaan itu cinta?
sungguh jiwang..
jangan lah komen jiwang ke tak. buhsan.*
(saya tahu dah saya jiwang) tapi apa pendapat kak nana pasal cinta ni? complicated kan?
Cinta:
boleh buat kita lupa diri
boleh buat kita sedar diri
boleh buat kita hilang arah
boleh buat kita terjumpa cahaya
boleh buat kita jadik pemarah
boleh buat kita jadik penyayang
boleh buat kita lupakan keluarga
boleh buat kita sentiasa dekat dengan keluarga
Cinta boleh merubah kita jadik lebih kejam
Cinta juga boleh merubah kita jadik lebih baik
Cuma, kita yang perlu pandai mencorakkannya,
perlu pandai membawa diri…
Ok?
wahs! very fantastic! huhu mantap!
*clap*clap*
hahaha..
tetiba kak nana jadik jiwang-jiwangan..hahaha…
/me trying not to be in love
btw, cinta itu subjektif
me not smart, but me knows wat love is..
huhuhu cinta e2 buta..butakah cinta?
fau: cinta kepada Allah dan Rasul confirm tak buta
betull..betull..betul..