Arkib

Archive for Mac 3, 2008

Bulan & Dacing

Mac 3, 2008 mucs 13 comments

Malam tu, masa borak-borak dengan Hj Man, dia beritahu satu cerita dari kawan dia. Kawan Hj Man cakap, “Sekarang ni orang kita tengah sibuk dengan perang bendera. Pergi mana-mana je nampak bendera. Bila tengok bendera bulan, mesti terfikir (ingat) PAS. Tengok bendera dacing teringat BN. Tapi kan bagus, kalau orang tengok je bendera bulan, pastu teringat yang sekiranya kita banyak berzikir pada Allah, muka kita akan lebih bercahaya dari cahaya bulan pada hari akhirat. Bila tengok bendera dacing pula, teringat yang amalan kita akan dipertimbangkan1 di akhirat nanti.”

Masa dalam perjalanan dengan Hj Ayub pula, dia cakap, “Eh, patutnya kita berhenti kejap la, gi amik bendera PAS tu. Buat alas makan cantik juga. Bulatan (bulan) kat tengah-tengah tu ngam-ngam je untuk letak talam2.” Kami semua gelak je..

 

  1. Amalan di akhirat akan dipertimbangkan. Bukan dihitung.
  2. Merujuk kepada cara makan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

Sharing…

Mac 3, 2008 aishah 4 comments

bisnes.jpg

Sharing.

Dulu pernah join satu program di UPM, yang bertemakan sharing. Kiranya program ini dianjurkan oleh Mahasiswa yang agak Islamik. (Kalau dibandingkan dengan Kelab OB yang saya sertai). Saya join program itu pun sekadar melambatkan permulaan cuti semester, menemankan rakan-rakan senegeri yang habis exam lambat. Boleh balik naik bas sama-sama. Heheh. :)

Program ini sebenarnya bertujuan untuk mencari fasilitator baru sempena kemasukan pelajar baru di UPM untuk semester berikutnya. Mula-mula macam cuak. Saya dan kawan saya agak rockers sikit masa belajar dulu. Bila join program ni, kebanyakkan mahasiswi dan mahasiswa yang sangat bersopan santun (dibandingkan dengan saya lah). Segan pun ada. Tapi that was me then. Take it or leave it.

Program itu bermula dengan baik. Ada sesi perkenalan macam biasa. Bila ditempatkan dalam kumpulan perbincangan yang agak kecil, berpisah dengan rakan-rakan sekepala, rasa macam terasing sikit. Rupanya program itu dianjurkan oleh satu kelab dari sebuah kolej kediaman. Saya dan rakan saya saja yang main join membuta tuli. Asal ada program, layankan saja. Patutlah terasing. Heheh.

Perkongsian atau sharing itu sangatlah mengesankan. Banyak yang diperolehi. Dan saya dulu bukanlah banyak idea. (sekarang pun, bual kosong bolehlah). Cuma mendengar dan menyerap saja yang mana perlu. Paling suka bila ada game. Sebab saya banyak idea untuk LDK berupa game. Silly ideas, yes.

Tak menaruh harapan pun untuk jadi fasi. Tapi semasa cuti, saya terima surat. Untuk jadi fasilah! Hubungi kawan. Ermm..tak berminat katanya. Dah dapat kerja separuh masa di hometown. So, saya pun tak teruja nak jadi fasi. Terukkan, kadang-kadang pilihan dipengaruhi kawan-kawan. Hmmm. That was then. (Until now, I am influenced by friends, in several appropriate situation)

Well, this entry is not much about sharing. But I just want to share anyway.

Have a nice day!

sharing.jpg

 

 

 

Categories: Advice, General, Life