h.i.p.o.k.r.i.t
Like, i.e : A boy loves to watch lovey dovey movie, but of course he doesn’t want to admit it in front of his other cool gang-afraid of being called flower boy (mat bunga) or something like that.
Like, i.e : A boy loves to watch lovey dovey movie, but of course he doesn’t want to admit it in front of his other cool gang-afraid of being called flower boy (mat bunga) or something like that.
Bau badan adalah sesuatu yang sensitif.
Cuba korang bayangkan, seseorang yang rupanya boleh tahan.. tapi, bau… Masya Allah..!!!
Tambahan pula, masyarakat sesekeliling anda sudah maklum hal ini, tapi tidak bagi anda. Dan bila anda mula berurusan dengan nya, anda mula perasan yang dia ada bau badan.
Bukan bau badan yang biasa, ia sudah jatuh dalam kategori ‘tengik dan payau’.. (bau yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata).
Anda kasihan padanya, dan mungkin anda ingin tolong memberitahunya, tapi bagaimana?
Malam tu, masa borak-borak dengan Hj Man, dia beritahu satu cerita dari kawan dia. Kawan Hj Man cakap, “Sekarang ni orang kita tengah sibuk dengan perang bendera. Pergi mana-mana je nampak bendera. Bila tengok bendera bulan, mesti terfikir (ingat) PAS. Tengok bendera dacing teringat BN. Tapi kan bagus, kalau orang tengok je bendera bulan, pastu teringat yang sekiranya kita banyak berzikir pada Allah, muka kita akan lebih bercahaya dari cahaya bulan pada hari akhirat. Bila tengok bendera dacing pula, teringat yang amalan kita akan dipertimbangkan1 di akhirat nanti.”
Masa dalam perjalanan dengan Hj Ayub pula, dia cakap, “Eh, patutnya kita berhenti kejap la, gi amik bendera PAS tu. Buat alas makan cantik juga. Bulatan (bulan) kat tengah-tengah tu ngam-ngam je untuk letak talam2.” Kami semua gelak je..
Dulu pernah join satu program di UPM, yang bertemakan sharing. Kiranya program ini dianjurkan oleh Mahasiswa yang agak Islamik. (Kalau dibandingkan dengan Kelab OB yang saya sertai). Saya join program itu pun sekadar melambatkan permulaan cuti semester, menemankan rakan-rakan senegeri yang habis exam lambat. Boleh balik naik bas sama-sama. Heheh.
Program ini sebenarnya bertujuan untuk mencari fasilitator baru sempena kemasukan pelajar baru di UPM untuk semester berikutnya. Mula-mula macam cuak. Saya dan kawan saya agak rockers sikit masa belajar dulu. Bila join program ni, kebanyakkan mahasiswi dan mahasiswa yang sangat bersopan santun (dibandingkan dengan saya lah). Segan pun ada. Tapi that was me then. Take it or leave it.
Program itu bermula dengan baik. Ada sesi perkenalan macam biasa. Bila ditempatkan dalam kumpulan perbincangan yang agak kecil, berpisah dengan rakan-rakan sekepala, rasa macam terasing sikit. Rupanya program itu dianjurkan oleh satu kelab dari sebuah kolej kediaman. Saya dan rakan saya saja yang main join membuta tuli. Asal ada program, layankan saja. Patutlah terasing. Heheh.
Perkongsian atau sharing itu sangatlah mengesankan. Banyak yang diperolehi. Dan saya dulu bukanlah banyak idea. (sekarang pun, bual kosong bolehlah). Cuma mendengar dan menyerap saja yang mana perlu. Paling suka bila ada game. Sebab saya banyak idea untuk LDK berupa game. Silly ideas, yes.
Tak menaruh harapan pun untuk jadi fasi. Tapi semasa cuti, saya terima surat. Untuk jadi fasilah! Hubungi kawan. Ermm..tak berminat katanya. Dah dapat kerja separuh masa di hometown. So, saya pun tak teruja nak jadi fasi. Terukkan, kadang-kadang pilihan dipengaruhi kawan-kawan. Hmmm. That was then. (Until now, I am influenced by friends, in several appropriate situation)
Well, this entry is not much about sharing. But I just want to share anyway.
Have a nice day!
Komen terbaru