Doa Elak Diri (Perempuan) Atau Anak Perempuan Dari Dizalimi
Petikan dari email yang aku dapat Pn MO. Khas untuk orang perempuan dan anak-anak perempuan. Sebagai langkah pencegahan dan tawakal susulan dari peristiwa adik Nurin Jazlin Jasimin.
Assalamu’alaikum….
Oleh Ustaz Wan Sohor Bani Leman
Berikut (lampiran) adalah doa yang beliau bacakan untuk kita amalkan untuk diri dan anak-anak (yang ada anak-anak perempuan). InsyaAllah kita dan anak-anak akan terhindar dari menjadi mangsa PERKOSAAN!! Jangan ketawa, jangan ingat jika ada di antara anda adalah mak-mak orang, nenek yang berumur 74 tahun pun baru diperkosa tak lama dahulu. So, moga2 ilmu ini dapat dimanfaatkan untuk kita dan keturunan kita.
Doa tersebut dibaca oleh Siti Sarah semasa zaman Nabi Ibrahim. Siti Sarah membaca doa tersebut ketika berkali-kali cuba dirogol oleh raja yang zalim ketika itu. Menurut Ustaz (dalam kuliyyahnya), doa tersebut boleh diamalkan untuk mendapat perlindungan dari dianiaya oleh orang kafir.
Dapatkan doa Siti Sarah di sini.
TQ
Satu sebab kenapa lelaki dikurniakan kudrat yang kuat bukan hanya untuk mencari rezeki dan memberi nafkah..tetapi juga untuk melindungi kaum Hawa.
Teringat kes Allahyarham adik Nurin rase sedih sangat.
Kepada lelaki2..termasukla aku…jagalah kaum Hawa sekeliling korang.
Dan kepada kaum Hawa…jagalah diri juga ye.
Moga masyarakat kita di Malaysia menuju ke arah yang lebih baik.
nana: my pleasure..
tukangtaip: sama2 la kita berdoa semoga kita semua sentiasa mendapat rahmat dan perlindungan dari-Nya dari segala ancaman dan fitnah dunia. amin.