Tazkirah Ramadhan III
September 20, 2007
Tinggalkan komen
Tazkirah Ramadhan pada hari ini pula disampaikan oleh ustaz Zaharom Ridzwan, pensyarah bahasa arab di UKM. Ustaz Zaharom membawa tajuk Penghayatan Puasa. Hari ni rasa mengantuk pula. Tersengguk-sengguk juga la.. Buat malu je. Dah la duduk kat depan sekali..
Antara yang dapat dikongsi;
- Dari hadis Qudsi: “Puasa itu sebagai benteng”.
- Persoalannya:
- Ada atau tidak benteng ini dalam diri kita? Atau, terbinakah benteng itu?
- Untuk apakah benteng itu?
- Ustaz memikirkan bahawa puasa sepatutnya menjadi benteng kepada 3 perkara:
- Benteng kepada diri
- Sukar untuk melakukan maksiat atau dosa.
- Benteng kepada penyakit
- Boleh meningkatkan taraf kesihatan dengan mengawal pemakanan.
- Benteng kepada keinginan nafsu
- Mengawal kecenderungan hati kepada hal-hal duniawi.
- Benteng yang dibina hendaklah berkesan. Jika tidak, akan jadi seperti membina benteng menahan banjir dengan menggunakan kertas. Sudah tentu benteng tersebut akan hancur.
- Kalau tidak sahur, tidak dapat berkat.
- Sahur tidak semestinya perlu makan banyak. Biar makan sedikit tapi dapat berkat kerana bersahur.
- Pada bulan Ramadhan, 1 kebaikan yang dikerjakan akan dibalas dengan pahala sehingga 700 kali ganda.
Minggu depan ustaz akan membicarakan tentang solat terawih pula.
Komen terbaru