Tazkirah Ramadhan
September 17, 2007
4 comments
Sempena Ramadhan, ada majlis tazkirah kat surau masa lunch. Tazkirah hari ni disampaikan oleh ustaz Zulkifly, bekas pensyarah di MPI, Bangi. Oo.. Zulkifly rupanya nama ustaz yang ajar ngaji tu.. Baru saya tau.. (>_<);
Ustaz Zulkifly cakap pasal solat hari ni. Antara yang dapat aku kongsi dari beliau;
- Orang lebih minat/sanggup puasa dari solat. Walaupun puasa tu lama. Lebih kurang 12 jam berbanding dengan solat yang hanya beberapa minit.
- Solat ni nampak je senang, tapi susah. Puasa pula, nampak susah tapi senang sebenarnya.
- Kalau tak solat, tak guna kita berpuasa, mengerjakan haji atau umrah.
- Amalan pertama yang akan dihisab ialah solat. Baik solat, maka baiklah amalan yang lain.
Tujuan solat:
- Mengingatkan identiti kita sebagai hamba kepada Allah.
- Dijadikan dari suatu yang hina (tiada nilai) di sisi Allah.
- Memujuk hati melalui solat, melalui ingatan kepada Allah.
- Mengingatkan kita bahawa segala nikmat datang dari Allah. Zahir sahaja dari manusia.
- Jika tak dapat apa yang dihajati, mungkin nikmat diberikan kepada anak, ahli keluarga atau dalam bentuk yang lain seperti kesihatan.
- Dapat guna sebahagian dari masa untuk bertaubat kepada Allah.
- Kerana manusia sehari semalam sentiasa melakukan maksiat sama ada secara sedar atau tidak.
- Maksiat secara tidak sedar iaitu melalui pancaindera seperti mendengar sesuatu yang melalaikan.
- Apabila berwuduq, gugurlah semua dosa kecil kecuali dosa besar.
- Menambah kekuatan, kemantapan akidah. Menjadi makanan rohani.
- Kekayaan paling besar yang diberikan kepada kita ialah kesihatan.
- Jangan layan was-was e.g ketika mengangkat takbir.
- Sempurnakan wuduq. Akan sia-sia kita solat walaupun selama 60 tahun misalnya sekiranya wuduq tak sempurna/sah.
Esok takde tazkirah sebab Pn GG kata takde ustaz yang available. Rabu dan Khamis insyaAllah ada. Looks forward for Wednesday since ustaz Sapawi Che Mat will give the talk. Tak pernah dengar lagi ceramah dari beliau. Pn GG cakap, ustaz Sapawi beri ceramah best..
Komen terbaru