Angels & Ramadhan
Masa balik dari Asar:
(Sambil jalan n lintas tempat Pn GG)
Pn GG: Ada awek cari awak tadi.
Aku: Awek yang mana satu? Awek saya ramai.. hehe..
Pn GG: Ye la.. setiap helai janggut tu seorang bidadari menunggu..
Aku: Hehe..
(patah balik tempat Pn GG)
Aku: Eh, kalau kita dah ada isteri, bole dapat bidadari lagi ke nanti? (ada perasaan tamak masa ni
)
Pn GG: Mesti la dapat.. kalau tak, semua lelaki berebut-rebut tanak kawin..
Aku: Oh! Hehe.. betul juga ek.. Hmm.. make sense, make sense..
Terasa kembang hati pula lepas tu. Terfikir kejap berapa banyak la bidadari aku dapat nanti. Sebelum ni pada aku, dapat sorang isteri kat dunia pastu ada dia sorang je sebagai bidadari kat syurga pun dah cukup best gile. Kalau dah ramai-ramai camne nak handle.. hehe..
Lepas tu baru aku teringat, isteri kita kat dunia ni akan jadi ketua bidadari nanti. Apa la, kan cikgu dah beritau masa sekolah rendah dulu.. So, walaupun pada hakikatnya sorang awek pun aku tade kat dunia ni.. aku tak kisah.. Kat syurga nanti awek aku keliling pinggang, isyaAllah.. huhuhu.. But of course la, setakat berangan je takkan dapat. Kena perbanyakkan amalan lagi dan kurangkan dosa. Syurga as the ultimate goal!!
Sekarang pun dah masuk bulan Ramadhan Al-Mubarak. So, selamat menyambut Ramadhan dan mengerjakan ibadah puasa diucapkan kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga kita semua mendapat keberkatan dan mengimarahkannya dengan amalan, insyaAllah. Maaf zahir & batin.
Komen terbaru